Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Degil! Dua kilang kitar semula plastik akhirnya disita

image

SUNGAI CHOH - Dua kilang kitar semula plastik import di Jalan Tokong Buddha dan Kampung Mohd Taib dekat sini disita penguat kuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), semalam.Tindakan sita dilakukan selepas pengusaha kilang berdegil apabila tidak mengendahkan arahan menghentikan aktiviti perniagaan dikeluarkan MDHS pada minggu lalu atas kesalahan beroperasi tanpa lesen.

Setiausaha MDHS, Awaluddin Zakaria berkata, pengusaha kilang pernah mengemukakan permohonan mendapatkan lesen namun ditolak Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan."Pengusaha terbabit gagal mengemukakan laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai syarat permohonan lesen. Notis yang diberikan sebelum ini turut mengarahkan pengusaha kilang memindahkan semua peralatan dari premis masing-masing.

"Namun arahan tidak mematuhi maka tindakan sitaan diambil mengikut peruntukkan Undang-Undang Kecil 38(1), Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDHS 2017. Kesemua kelengkapan dan peralatan termasuk jentera yang disita dibawa ke stor tahanan di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden kekecohan dan individu dipercayai penjaga premis turut berada di kilang berkenaan."Operasi pertama di kilang di Jalan Kampung Mohd Taib pada jam 10.11 pagi dan ketika penguat kuasa tiba, terdapat seorang pengawal keselamatan dan dua penjaga premis."Namun beberapa pekerja warga asing yang berada di sekitar asrama kilang, melarikn diri sebaik menyedari anggota operasi. Operasi kedua di Jalan Tokong Buddha dan ketika tiba di lokasi, terdapat seorang warga asing dan seorang lelaki tempatan," katanya.Awaluddin berkata, operasi bersepadu itu disertai 62 anggota termasuk penguat kuasa dan kakitangan pelbagai agensi termasuk Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta JAS.


Kemaskini pada 2019-04-22 08:13:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page