Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tokoh Mahatma Gandhi jadi teladan belia

Tokoh Mahatma Gandhi jadi teladan belia

image
Kulasegaran dan Nishit Kumar (kiri) merasmikan monumen Mahatma Gandhi yang dibina di pusat latihan itu.
 

KALUMPANG - MySkills Foundation (MSF) membina monumen Mahatma Gandhi sempena ulang tahun kelahiran ikon kemerdekaan India itu yang ke-150 di Pusat Latihan Transformasi MySkill Kampus Kalumpang, hari ini.

Justeru sebanyak 150 pokok ditanam sebagai simbolik memperingati tokoh politik itu yang disempurnakan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Hadir sama, wakil Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, Nishit Kumar Ujjwal.

Kulasegaran berkata, beliau menerima jemputan daripada pengurusan MSF bagi merasmikan monumen tersebut bagi memperingati kelahiran Mahatma Gandhi yang diraikan pada 2 Oktober.

"Apa yang penting, kampus ini menyediakan latihan vokasional kepada golongan belia termasuk remaja berisiko tinggi yang tercicir dari sekolah.

"Saya kagum dengan pencapaian MySkills dalam tempoh masa lapan tahun yang berusaha membimbing remaja dalam kelompok ini.

"Bukan senang namun saya memberi sokongan penuh bagi menjayakan visi murni ini," katanya.

Sementara itu Pengarah MySkills, S Pasupathi berkata, Mahatma Gandhi merupakan pejuang kemerdekaan dengan menentang kekerasan dan penindasan terhadap manusia sejagat.

Menurutnya, tokoh tersebut menjadi teladan kepada golongan belia untuk mengubah hidup ke arah lebih baik.

"Pusat latihan ini melatih golongan belia yang ketinggalan dalam akademik tetapi mahu berjaya dalam bidang kerja berkemahiran.

"Melalui pembelajaran dan kerjasama baik dengan pihak industri yang menyediakan latihan pekerjaan, pelajar kelulusan dari MSF berlayakan menerima bayaran gaji tinggi," katanya.

 

Kemaskini pada 2019-04-29 09:32:47 daripada zarifah

  •  
  • Print
  • Email this page