Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Isu klinik ditutup angkara makhluk halus dibawa ke KKM

Isu klinik ditutup angkara makhluk halus dibawa ke KKM

image
Pintu utama bangunan klinik ditinggalkan berkunci.
 

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil tindakan sewajarnya berhubung penutupan sementara itu.

Menurutnya, perkara tersebut diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM untuk tindakan lanjut.

"Kita ambil maklum perkara ini dan sudah membawanya kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM.

"JKNS juga sedang giat menjalankan tindakan berkaitan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Akhbar ini semalam melaporkan Klinik Desa Gesir Tengah ditutup sementara selepas gangguan makhluk halus berlarutan sejak 2007.

Dua jururawat masyarakat yang bertugas dihantui beberapa gangguan mistik termasuk jelmaan lembaga hitam berupa perempuan tua. Meskipun kejadian berlaku pada waktu siang namun mendatangkan trauma kepada jururawat sehingga terpaksa menunggu pesakit di pondok di luar klinik.
Bagaimanapun, gangguan hanya membabitkan kawasan dalam bangunan klinik berikutan penduduk dan pekerja bengkel motosikal berdekatan klinik terbabit tidak mengalami sebarang gangguan aneh.

ARTIKEL BERKAITAN: Klinik ditutup sementara akibat gangguan makhluk halus


 

 


Kemaskini pada 2019-05-10 08:57:15 daripada zarifah

  •  
  • Print
  • Email this page