Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Rayu sumbangan bina Masjid Bukit Beruntung

image
Harumaini (empat, kanan) menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 pada majlis pelancaran kutipan dana itu di Surau Al Muhajirin di sini.
 

BUKIT BERUNTUNG - Pembinaan Masjid Bandar Bukit Beruntung di Seksyen BB4 dijangka bermula awal 2021 membabitkan kos sebanyak RM16 juta.

Sehubungan itu jawatankuasa penaja pembinaan masjid yang ditubuhkan sejak 2016 merayu sumbangan orang ramai bagi membantu merealisasikan hasrat tersebut.

Pengerusi jawatankuasa, Abdullah Muhammad berkata, masjid baharu dengan reka bentuk moden akan dibina di tanas seluas empat ekar berhampiran Surau Al-Muhajirin.

Menurutnya, kemudahan itu dapat menampung 2,150 jemaah termasuk 400 jemaah wanita pada satu masa selain dilengkapi beberapa prasarana termasuk dewan.

"Buat masa sekarang, Surau Al-Muhajirin digunakan sementara untuk solat Jumaat maka sebuah masjid baharu amat diperlukan demi keselesaan jemaah.

"Masjid ini berkonsepkan moden kontemporari dan reka bentuk mengambil kira persekitaran lokasi dengan mengekalkan kontur tanah melalui pembinaan bangunan secara 'split level'.

"Bekalan air untuk kegunaan harian dilengkapi sistem pengumpulan dan penuaian air hujan," katanya pada majlis pelancaran kutipan dana pembinaan masjid itu, kelmarin.

Pelancaran disempurnakan ADUN Batang Kali, Harumaini Omar.

Abdullah berkata, dinding kaca akan digunakan di ruang dewan solat tertutup bagi tujuan pencahayaan semula jadi dibantu lampu LED untuk kegunaan waktu malam.

Menurutnya, pemasangan sistem panel solar dapat menjimatkan kos bekalan elektrik.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Public Islamic Bank bernombor 3814218436 atas nama Pembinaan Masjid Bukit Beruntung.

Sebarang maklumat diminta menghubungi Abdullah di talian 019-2186600.


Kemaskini pada 2019-05-17 07:49:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page