DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Rumah terbelah dua dihempap pokok macang


Pokok hiasan di tepi jalan tumbang dari pangkal akar di Jalan Semarak.

 

BATANG KALI - Dua keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Sungai Masin apabila rumah mereka rosak teruk dihempap pokok dalam kejadian berasingan, pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi di Kampung Genting Malek, sebuah rumah kayu didiami empat beranak hampir terbelah dua selepas pokok Macang tumbang menghempap bahagian tengah rumah berkenaan.

Mangsa, Norashikin Abd Aziz, 41, berkata, kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga sedang tidur dengan cuaca hujan lebat beserta angin kuat.

Menurutnya, dia dan suami, Mohd Ali Sampol, 48, tidur di bilik bersama anak perempuan berusia sembilan tahun manakala ibunya, Fauziah Abdul Aziz, 62, di ruang tamu."Ibu lebih suka di ruang tamu dan ketika kejadian, saya terjaga dari tidur selepas mendengar ibu menjerit memanggil nama saya (dipanggil dengan gelaran Ayong)."Dengar saja ibu jerit Ayong, Ayong... mati mati!, saya terus keluar dan terkejut bila nampak batang pokok depan mata dengan atap dah habis roboh.
Pokok macang berusia lebih 40 tahun tumbang menghempap dari bahagian dapur ke pintu hadapan di Kampung Genting Malek.
Pokok macang berusia lebih 40 tahun tumbang menghempap dari bahagian dapur ke pintu hadapan di Kampung Genting Malek.

"Syukur Alhamdulillah sebab tak kena ibu dan kami terpaksa keluar dari rumah ikut tingkap sebab batang pokok tu hempap dari dapur hingga pintu depan," katanya kepada Sinar Harian.Suri rumah itu berkata, mereka segera ke surau berdekatan menemui bapanya yang tinggal di situ kerana bekerja di surau tersebut.Menurutnya, selepas Subuh menunggu hari siang, mereka kembali ke rumah bagi melihat keadaan kejadian terbabit."Tergamam seketika bila tengok rumah hampir terbelah dua dan kereta Kancil di garaj juga remuk bahagian bumbung selain cermin retak.

"Ini adalah rumah datuk dan pokok macang di belakang rumah itu sudah ada sejak lebih 40 tahun lalu."Suaminya bekerja sebagai pemandu lori dan mereka tidak berkemampuan untuk mencari kediaman lain maka harap sangat pihak berkaitan dapat bantu bina rumah baharu," katanya.

Pokok hiasan hempap rumah tujuh beranak, Sementara itu dalam kejadian pada waktu sama di Jalan Semarak dekat sini, sebatang pokok hiasan di tepi jalan tumbang menghempap kediaman didiami tujuh beranak. Mangsa, Muhammad Hafiz Mohd Anuar, 16, berkata, dia tidur di ruang tamu manakala kakak berusia 20 tahun dan datuknya, Kamarulzaman Mohd Nor, 72, di bilik berasingan ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, ibu dan ayah serta dua adik tiada di rumah namun dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur."Saya terkejut dengar bunyi kuat dan bila bangun tengok atap dah roboh."Masa itu hujan lebat, habis dalam rumah air bertakung dan saya cepat-cepat ketuk bilik datuk dan kakak suruh mereka keluar rumah," katanya. Bapanya juga seorang pemandu teksi, Mohd Anuar Kamarulzaman, 44, berkata, dia tiba di rumah beberapa minit selepas kejadian berlaku.
Anggota APM melakukan kerja pembersihan kesan pokok tumbang.
Anggota APM melakukan kerja pembersihan kesan pokok tumbang.

 

Katanya, tiada ahli keluarga tercedera dan pokok tumbang menyebabkan kerosakkan teruk pada bahagian atap selain harta benda."Tangki air dan struktur tandas juga pecah selain pecahan batu-bata di dinding bumbung yang bila-bila masa sahaja boleh jatuh."Rumah ini atas nama ayah dan kami tinggal di sini sejak 20 tahun lalu malah saya juga merupakan asnaf zakat yang menerima bantuan duit RM650 sebulan sejak enam tahun lalu.

"Di tepi rumah ada dua pokok hiasan yang besar dan tinggi dengan yang tumbang itu bukan patah di panggal tapi tercabut sekali dengan akar," katanya.Mohd Anuar berkata, dia pernah membuat aduan kepada pihak berkenaan pada 27 Disember tahun lepas agar pokok tersebut ditebang kerana berisiko bahaya.Menurutnya, pendapatan tidak menentu sebagai pemandu teksi menyebabkan dia tidak berkemampuan memperbaiki kerosakkan tersebut."Tiga anak masih bersekolah maka saya amat berharap agar pihak berkaitan dapat membantu kami kerana nak cari rumah lain atau sewa, memang tak mampu," katanya.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Selangor merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Kepten Pertahanan Awam Hilmi Husman berkata, dua keluarga membabitkan 11 mangsa itu ditempatkan pusat pemindahan sejak pagi hari kejadian.

Menurutnya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja pembersihan ."Beberapa agensi lain turut terlibat antaranya Unit Pengurusan Bencana Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Tenaga Nasional Berhad."Anggota APM dan sebuah Ambulans APM juga turut ditempatkan di PPS bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor," katanya.
 


Kemaskini pada 2019-06-17 08:03:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page