Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kelayakan bergantung keputusan sebenar SPM

image
Pelajar baharu bagi dua program pengajian itu melafaz ikrar pada majlia tersebut di Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM

KUALA KUBU BHARU - Permohonan kemasukan program Pensijilan Tahfiz Al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (JAKIM-IIUM) akan menggunakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pengarah Darul Quran JAKIM, Dr Nordin Ahmad berkata, syarat tersebut dilaksanakan bermula kemasukan bagi sesi 2019/2020 yang sebelum ini mengikut keputusan percubaan SPM.Menurutnya, perubahan itu mengubah tempoh iklan temu duga yang dahulu disiarkan seawal Ogos dan pelajar baharu mula mendaftar pada awal Januari.

"Bagi sesi kali ini permohonan kemasukan hanya boleh dibuat selepas keputusan SPM diumumkan.

"Darul Quran menerima sebanyak 1,576 permohonan dan daripada jumlah tersebut, seramai 402 calon disenarai pendek layak untuk ditemu duga dengan 104 calon berjaya.

Pada hari ini seramai 75 pelajar mendaftar pengajian dan InsyaAllah, berdasarkan maklumat dari rakan strategik kita dari IIUM, akan ada lagi tambahan pelajar dari kampus IIUM Gambang," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan pelajar baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM dan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Academic Management And Admission Division IIUM, Profesor Madya Dr Ghairuzazmi Mat Ghani.

Nordin berkata, turut diraikan 20 pelajar baharu yang merupakan perantis Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid.

Menurutnya, selain teori mengurus sesebuah masjid, pelajar berkenaan dilatih secara praktikal menguruskan jenazah sebenar, kemahiran penyembelihan, majlis berkhatan dan sebagainya.

"Meskipun masih baharu namun sudah ada pihak masjid yang berminat melamar pelajar perantis ini untuk berkhidmat di masjid mereka," katanya.


 


Kemaskini pada 2019-06-20 11:08:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page