Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bom lama dijumpai di Felda Gedangsa

image
Sebutir bom lama dijumpai seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit dekat Felda Gedangsa, pagi tadi.

 

HULU BERNAM - Pasukan Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor berjaya memusnahkan sebutir bom lama di Felda Gedangsa, petang tadi.
 
 
Bom jenis SHELL itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi oleh seorang pekerja ladang berusia 27 tahun di ladang kelapa sawit di tanah rancangan tersebut.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, lelaki terbabit memaklumkan kepada seorang rakan mengenai penemuan bom lama di lokasi berkenaan.Menurutnya, laporan polis dibuat pekerja ladang itu di Balai Polis Gedangsa dan hasil siasatan mendapati bom lama jenis SHELL berukuran panjang 42 cm serta 30 cm ukur lilit.
 
"Proses pemusnahan dilaksanakan pada jam 3 petang tadi tanpa sebarang kerosakan harta benda awam," katanya.
 

Kemaskini pada 2019-07-04 08:34:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page