DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Influenza B: Hanya lapan pelajar disah positif


Tiada guru dijangkiti dan hanya lapan pelajar disah positif dengan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.

 

KUALA KUBU BHARU - Tiada guru dijangkiti dan hanya lapan pelajar disahkan positif Influenza B di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu.Yang Dipertua Jawatankuasa MRSM berkenaan, Datuk Mat Nadzari Dahalan berkata, setakat ini hanya lima daripada lapan itu yang menghantar laporan ujian.Menurutnya, jumlah 33 pelajar seperti dilaporkan akhbar semalam adalah pelajar yang disyaki kerana mengalami simptom demam, batuk, selsema, muntah, cirit-birit dan pening.
 
"Pihak kami telah merujuk kepada pihak pengurusan dan pentadbiran MRSM KKB, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor; Datuk Dr Khalid Ibrahim dan juga Dr Nurul yang mengetuai pasukan proses saringan taklimat PKD/KKM."Kami sedar bahawa keadaan ini sedang dan berterusan serta diambil perhatian serius dari perspektif kawalan, pemantauan dan juga langkah pencegahan dari terus merebak.
 
"Insiden ini adalah hampir sama seperti dialami Sekolah Kebangsaan (SK) Tamil Kuala Kubu Bharu beberapa bulan lalu, di mana semua tindakan dan langkah diambil menghasilkan keputusan yang baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mat Nadzari berkata, pelajar, kakitangan sekolah dan ibu bapa diharap bertenang dengan memberi kerjasama bagi membantu pihak berkaitan mengawal situasi.Berdasarkan perkembangan yang terkawal menurutnya, jawatankuasa Muafakat bersetuju dengan pengurusan MRSM bagi meneruskan sesi persekolahan seperti biasa dan tiada keperluan untuk menutup sekolah buat sementara waktu.
 
"Bagaimanapun peningkatan kawalan, pemantauan dan pencegahan perlu diteruskan dengan bantuan serta khidmat nasihat daripada pejabat kesihatan."Jika keadaan semakin tidak terkawal, pihak Muafakat sudah bersedia dengan pelan tindakan bersesuaian termasuk mewujudkan Jawatankuasa Khas di kalangan ahli sebagai sukarelawan."Ibu bapa boleh memantau perkembangan anak-anak seperti kebiasaan melalui 'homeroom', warden dan sebagainya. Sebagai usaha tambahan disarankan membuat solat hajat," katanya.
 
 
 
 

Kemaskini pada 2019-07-05 08:24:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page