DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Bantu pengusaha premis pelancongan peroleh lesen niaga


Amirudin melancarkan Garis Panduan Perancangan Pembangunan Premis Pelancongan Daerah Hulu Selangor selaku perintis program P3S.

HULU SELANGOR - Kerajaan negeri memperkenalkan program Pemurnian Pelancongan Selangor (P3S) bagi menyelesaikan isu pembinaan premis pelancongan tanpa kebenaran di negeri ini. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, semua premis pelancongan termasuk inap dusun diminta mendaftar di bawah program tersebut bagi mendapatkan Lesen Tred Perniagaan dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

 
Menurutnya, lesen berkenaan membolehkan pengusaha terbabit berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sekali gus dapat dipromosikan dalam kalendar tahunan negeri. "Saya dimaklumkan di Hulu Selangor terdapat 56 pengusaha inap desa tapi daripada jumlah itu, hanya empat sahaja yang ada kelulusan dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
 
"Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia melibatkan jaminan keselamatan kepada pengunjung."Program P3S adalah secara sukarela dan walaupun akan ada cukai selepas ini tapi ia memberi kebaikan kepada pengusaha premis pelancongan dan kita boleh promosikan produk mereka," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis pelancaran program P3S di Taman Tasik Millenium Kuala Kubu Bharu, pagi tadiHadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.
 
Turut hadir, ADUN Batang Kali, Harumini Omar dan Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Muzaffar Raja Redzwa.Amirudin berkata, program P3S akan dilaksanakan dalam tempoh setahun bagi memberi peluang semua premis pelancongan berbuat demikian.
Sementara itu, Yang Dipertua MDHS berkata, pihaknya diamanahkan sebagai perintis program tersebut dengan menyediakan garis panduan yang dilakukan sejak 2016 membabitkan 20 agensi.
 
"Bukan sahaja kepada premis penginapan tapi akan diperluaskan kepada pengusaha aktiviti dan struktur berkaitan pelancongan."Kita berjaya siapkan garis panduan tersebut dengan kerjasama baik agensi teknikal dan pengusaha inap dusun. Kini kita dalam proses pelaksanaan garis panduan untuk aktiviti sukan lasak," katanya.
 
 
 
 

Kemaskini pada 2019-07-09 18:25:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page