Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Klang juara perkhemahan kadet sekolah APM Selangor

MOHD RIDZUAN ABU HASSAN | | 12 Julai 2019

image
Seramai 346 kadet dari 10 daerah menyertai perkhemahan tersebut di Asia Camp Kuala Kubu Bharu.
 

KUALA KUBU BHARU - Daerah Klang menjuarai Perkhemahan Kadet Sekolah Pertahanan Awam yang disertai 346 kadet dari seluruh negeri ini.

Pasukan juara itu mendominasi empat kategori yang dipertandingkan iaitu johan bagi pertandingan pertolongan cemas (perempuan), melawan kebakaran (lelaki dan perempuan), menyelamat (lelaki dan perempuan) dan kawad kaki (lelaki).

Ketua plantun terbaik lelaki turut dirangkul pasukan Klang sementara wanita disandang daerah Kuala Selangor.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor, Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam, Mohd Yusoff Samad Yusoff berkata, perkhemahan tersebut menerapkan nilai positif dan kepimpinan kepada peserta.

"Menjadi hasrat dan aspirasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menerap dan mendidik ilmu siap siaga kecemasan kepada masyarakat melalui kadet sekolah," katanya ketika merasmikan majlis penutup perkhemahan tersebut.
 


Kemaskini pada 2019-07-15 10:19:02 daripada zarifah

  •  
  • Print
  • Email this page