Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Klinik 'berhantu' kembali beroperasi

image
Klinik Desa Gesir Tengah yang ditutup akibat gangguan makhluk halus kembali dibuka kepada orang ramai.

HULU SELANGOR - Klinik Desa Gesir Tengah yang ditutup sementara sejak awal Mei lalu akibat gangguan makhluk halus kini dibuka semula kepada orang ramai. Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara, Mohamed Jamil Abu Bakar berkata, perkhidmatan kesihatan di klinik berkenaan kembali beroperasi sejak dua minggu lalu. Menurutnya, situasi di klinik tersebut dalam keadaan terkawal dan dua jururawat yang mendakwa mengalami gangguan makhluk halus sebelum ini meneruskan tugas dengan baik.

 
Sinar Harian pada 6 Mei lalu melaporkan klinik tersebut ditutup sementara berikutan kekerapan gangguan makhluk halus yang berlarutan sejak 2007.Dua jururawat masyarakat yang bertugas dihantui beberapa gangguan mistik termasuk jelmaan lembaga hitam berupa perempuan tua.
 
Meskipun kejadian berlaku pada waktu siang namun mendatangkan trauma kepada jururawat sehingga terpaksa menunggu pesakit di pondok di luar klinik.Bagaimanapun gangguan hanya membabitkan kawasan dalam bangunan klinik kerana penduduk dan pekerja bengkel motosikal berdekatan klinik tidak pula mengalami sebarang gangguan aneh.
 
 

Kemaskini pada 2019-07-18 07:58:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page