Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Sarang penagih dadah terbakar

image
 

BUKIT BERUNTUNG - Sebuah rumah tidak berpenghuni yang disyaki menjadi sarang penagih dadah di Apartmen Kenangan dekat sini, terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, Penolong Penguasa Shahrin Jasmi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.38 pagi.
 
Menurutnya, sembilan anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian melibatkan sebuah rumah di tingkat tiga bangunan berkenaan."Kebakaran hanya melibatkan perabot lama yang berada di ruang tamu dan tidak melibatkan struktur rumah.
"Namun api telah padam sebelum pihak bomba sampai dan pemantauan dilakukan bagi memastikan tiada lagi punca api.
 
"Tiada mangsa tercedera dalam kejadian tersebut," katanya.Sementara itu menurut jiran berdekatan, rumah berkenaan tidak berpenghuni namun sering dimasuki beberapa individu disyaki penagih dadah.
 

Kemaskini pada 2019-08-06 08:02:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page