Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dicekup memanah ikan di kawasan larangan


MOHD RIDZUAN ABU HASSAN | | 15 September 2019
image
Penguatkuasa Jabatan Perikanan Negeri Selangor berjaya menahan kumpulan lelaki yang memanah ikan di kawasan Santuari Ikan Sungai Chiling awal pagi tadi.

 

KUALA KUBU BHARU - Sekumpulan lelaki yang menceroboh masuk Santuari Ikan Sungai Chiling dicekup penguatkuasa Jabatan Perikanan Negeri Selangor ketika leka memanah ikan di kawasan larangan itu awal pagi tadi.

Operasi sempena Ops Perlindungan Sumber dilakukan bersama Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor di kawasan air terjun pusat perlindungan ikan sungai kira-kira jam 2.45 pagi.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), kejayaan tangkapan tersebut hasil kerjasama dan bantuan risikan serta maklumat penjaga Sungai Chiling.

"Kesemua suspek dan barang kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya di Facebook DOF hari ini.

DOF turut memuat naik foto tangkapan suspek dan barang rampasan berupa peralatan memanah ikan termasuk dua senapang ikan.
 


Kemaskini pada 2019-09-17 10:23:26 daripada zarifah

  •  
  • Print
  • Email this page