Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tidak pamer harga: Empat peniaga dikompaun

image
Empat peniaga dikenakan kompaun dalam serbuan mengejut di Pasar Awam Rawang hari ini.

 

HULU SELANGOR - Akibat enggan mempamer tanda harga, empat peniaga dikenakan tindakan kompaun dalam operasi mengejut dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Pasar Awam Rawang hari ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Hulu Selangor, Ahmad Zamri Che Long berkata, dalam operasi tersebut pihaknya menjalankan pemeriksaan tanda harga dan alat timbang digunakan peniaga di pasar terbabit. Menurutnya, pihaknya turut menjalankan
pemeriksaan di premis yang menjual topeng muka.“Hasil pemeriksaan, beberapa peniaga didapati tidak meletakkan tanda harga barangan yang dipamerkan untuk jualan.“Empat peniaga dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan RM400 dan kesemua mereka menjelaskannya,” katanya.Beliau berkata, operasi tersebut disertai enam pegawai KPDNHEP Kuala Kubu Baru dan enam anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
 
 
Sumber : SInar Harian

Kemaskini pada 2019-09-24 08:12:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page