Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor bertindak

image
Jentera berat digunakan untuk memusnahkan kebun sayur haram di Bukit Beruntung oleh penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor pagi ini. - NSTP/Ismail Mat

 

BUKIT BERUNTUNG: Selepas kira-kira 10 tahun tersisih daripada sebarang tindakan penguatkuasaan, kebun sayur komersial yang diusahakan secara haram oleh warga asing atas tanah kerajaan di sini, akhirnya dimusnahkan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu, bermula pagi ini.

Operasi selama dua hari itu bermula seawal jam 9 pagi membabitkan 75 petugas yang diketuai Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) Hulu Selangor, Mazalan Zainuddin.Gerakan meruntuh struktur dan memusnahkan kebun sayur itu membabitkan petugas penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor; Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS); Tenaga Nasional Berhad (TNB); Air Selangor; Jabatan Imigresen dan Jabatan Kerja Raya.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Musa Ranli, berkata operasi bersepadu itu turut membabitkan penggunaan jentera berat seperti enam ekskavator, dua traktor dan lapan lori bagi memusnahkan keseluruhan struktur yang dibina oleh penceroboh dan pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam di atas kawasan terbabit.“Tindakan dan operasi penguatkuasaan ini dijalankan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara iaitu membabitkan perbuatan menduduki tanah kerajaan secara tidak sah.“Daripada 12 hektar tanah kerajaan yang diceroboh di sini, hanya seluas 1.75 ekar (0.7 hektar) sudah dikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara,” katanya kepada BH.

image
Jentera berat digunakan untuk memusnahkan kebun sayur haram di Bukit Beruntung oleh penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor pagi ini. - NSTP/Ismail Mat

Musa berkata, tindakan penguatkuasaan ini hanya membabitkan pencerobohan dan pendudukan struktur serta tanaman di atas tanah kerajaan yang dianggarkan seluas 11.8 hektar (29.25 ekar).Beliau berkata, sebelum tindakan pemusnahan struktur binaan dan kebun sayur itu dijalankan, pihaknya terlebih dahulu sudah mengeluarkan Notis 425 pada 29 Julai lalu yang disusuli Notis Peringatan pada 20 Ogos, mengarahkan kawasan yang diceroboh itu dikosongkan oleh pihak berkenaan.Katanya, Jabatan Imigresen Selangor juga sudah membuat serbuan terhadap tapak kebun sayur itu dan menahan 26 pendatang asing yang berada di tapak kebun sayur komersial itu.

“Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor serta jabatan berkaitan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap kawasan terbabit bagi memastikan tiada lagi pencerobohan tanah kerajaan di situ,” katanya.

 

Kemaskini pada 2019-10-03 10:18:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page