Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Warga emas maut langgar kera melintas

imageSeekor kera tiba-tiba melintas di laluan mangsa.

 
HULU SELANGOR – Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar seekor kera melintas jalan di kilometer 23.6 Jalan Bestari Jaya- Tanjung Malim (Sungai Tengi Selatan) di sini tadi. Dalam kejadian jam 1.30 petang, mangsa, Nasir Alias, 57, sedang menunggang motosikal Modenas Kriss dalam perjalanan pulang ke rumah.
 
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab Rahman berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dari Tanjung Malim menghala balik ke rumahnya di Sungai Tengi Selatan. “Tiba-tiba seekor kera melintas di laluan mangsa menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal lalu jatuh. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya melalui kenyataan media tadi.
 
Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987
 

Kemaskini pada 2019-10-24 08:04:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page