Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MDHS ‘kunci’ pintu kilang lebur papan litar elektronik secara haram


image
Premis diserbu buat kali kedua kelmarin selepas didapati masih beroperasi meskipun masih dalam tempoh notis penutupan dan penggantungan lesen.


HULU SELANGOR - Masih dalam tempoh notis penutupan namun pengusaha sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa di sini bertindak mencabar pihak berkuasa dengan melakukan aktiviti melebur papan litar elektronik secara haram.
Bahagian Korporat Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menerusi satu kenyataan memaklumkan, kilang terbabit sudah dikenakan tindakan penutupan serta penggantungan lesen oleh pihaknya pada 10 Mei lalu.  

Menurut kenyataan itu, ketika operasi kali kedua dilaksanakan bersama anggota polis kelmarin, MDHS mendapati kilang terbabit beroperasi seperti biasa malah lori muatan berat keluar masuk ke dalam premis.  “Ini merupakan operasi kali kedua dijalankan ke atas premis setelah MDHS mengambil tindakan mengunci pintu depan premis sebelum ini atas kesalahan sama bulan lalu.  

MDHS berkata, premis berkenaan menjalankan aktiviti melebur papan litar (motherboard) untuk dijadikan ketulan pepejal batu tanpa kelulusan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan menyalah guna lesen perniagaan diluluskan pihak itu.

Menurut MDHS, premis hanya diberi kelulusan untuk menjalankan perkhidmatan menjual, memborong dan menyimpan aluminium, tembaga, emas, perak atau logam lain.

“Lesen perniagaan yang diluluskan tidak membenarkan aktiviti melebur papan litar di premis. Justeru, pihak majlis mengambil tindakan mengunci dan merantai tiga pintu masuk kilang itu bagi memastikan premis tidak beroperasi lagi.

“Tindakan diambil di bawah UUK 43(1)(a) & (b), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDHS 2007 bermula 2 Jun hingga 16 Jun 2020 selama 14 hari. Sepanjang tempoh ini premis diarah menghentikan segala aktiviti tanpa kelulusan MDHS,” kata kenyataan itu lagi.
 

SUMBER : SINAR  HARIAN || NUR FARHANA ABDUL MANAN 


Kemaskini pada 2020-06-05 09:54:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page