Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Warga emas rugi RM25,000 terpedaya Macau Scam

image
 

HULU SELANGOR - Seorang wanita warga emas kerugian RM25,000 akibat diperdaya sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Pos Laju.Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Ridzuan Khalid berkata, dalam kejadian Khamis lalu, pesara kerani Angkatan Tentera Malaysia itu telah menerima panggilan yang mendakwa daripada pegawai Pos Laju.

“Suspek memaklumkan mangsa menghantar barang terlarang serta mengandungi kad pengenalan dan kad mesin pengeluaran wang (ATM)," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Ridzuan berkata, panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

“Suspek mendakwa mangsa yang berusia 62 tahun itu mempunyai rekod jenayah pengubahan wang haram dan penglibatan dalam dadah serta ada waran tangkap ke atas dirinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah terpedaya lalu memindahkan wang RM25,000 daripada akaunnya ke akaun dipercayai milik suspek kononnya untuk memberi perlindungan sementara supaya tidak ditangkap oleh pihak berkuasa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang menyedari dia ditipu dan takut dengan ugutan tersebut kemudian membuat laporan polis.“Usaha mengesan suspek yang terlibat masih dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber Utama : SInar Harian || Ismadi Ismail || 4 JULAI 2020


Kemaskini pada 2020-07-06 08:30:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page