Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mayat pemancing lemas ditemui

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 10 Jun 2021

image
Seorang lelaki berusia 30-an lemas ketika memancing di Sungai Rasah, pada Selasa lalu.

 

HULU SELANGOR - Seorang pemancing yang dikhuatiri lemas sejak Selasa ditemui terapung di tepi Sungai Rasah, di sini pada Khamis.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Norazam Khamis berkata, mayat Mohd Iskandar Zulkifli, 32, ditemui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 11.55 pagi.Menurutnya, operasi pencarian pada hari ketiga itu dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dengan dibantu anggota PPDA dan Unit Anjing Pengesan (K9).

"Operasi menggunakan bot itu menyusuri sungai sepanjang dua kilometer dari lokasi mangsa lemas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Norazam berkata, mayat mangsa dijumpai selepas kira-kira empat jam operasi dijalankan pada Khamis."Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut."Operasi ditamatkan pada jam 12.33 tengah hari (Khamis)," katanya.Sinar Harian pada Rabu melaporkan, seorang lelaki berusia 30-an dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Rasah, di sini pada Selasa.Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.03 malam.

SUMBER: SINAR HARIAN
 


Kemaskini pada 2021-06-11 10:06:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page