Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

8 beradik yatim piatu akibat COVID-19 dibantu

MOHD AZLIM ZAINURY | | 22 Julai 2021
image
Kisah lapan beradik anak yatim ini tular selepas kisah mereka dimuat naik di laman Facebook pada Selasa.

 

SHAH ALAM - Lapan beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kedua-dua ibu bapa mereka pergi buat selama-lamanya dalam tempoh tiga hari akibat wabak Covid-19.

Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, bersama tujuh adiknya yang berumur antara 18 hingga empat tahun kini tinggal di rumah saudara mereka di Bukit Beruntung, Rawang.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, ketua keluarga itu, Benyajeed Bernie, 45, meninggal dunia pada 16 Julai manakala ibu mereka, Noraini Ibrahim, 43, pula pada 18 Julai akibat Covid-19.

Menurut June, sebaik menerima laporan mengenai perkembangan berkenaan pihaknya terus menjejaki lapan beradik anak yatim terbabit agar mereka mendapat sokongan dan bantuan wajar.

"Kami terus menziarahi mereka yang kini menetap sementara di rumah saudara mereka di Jalan Mawar, Bukit Beruntung untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada Nazurah.

"Saya melawat mereka bersama ahli majlis Majlis Daerah Hulu Selangor, Doris dan Junaida daripada Pertubuhan Kebajikan Bonda Juwanda serta Haji Ramly dan tim Amanah," katanya kepada Sinar Harian selepas melawat anak yatim berkenaan pada Rabu.

Dalam pada itu, June berkata, enam dari lapan beradik anak yatim berkenaan masih bersekolah dan memerlukan sokongan bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

Menurutnya, kesemua yang masih belajar itu bakal mendapat sumbangan kemudahan komputer riba dan penyerahan peralatan itu akan dilakukan kepada anak-anak yatim piatu itu pada Sabtu ini.
 

 


Kemaskini pada 2021-07-23 09:07:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page