Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kereta Buruk tersadai Cacat Pemandangan

  • Kereta buruk tersadai cacat pemandanganBukan setakat sampah sarap, kereta buruk yang dibiar tersadai turut mencacatkan pandangan sesiapa sahaja yang lalu di kawasan tersebut.
< 1 / 1 >

SERENDAH - "Bukan setakat sampah sarap, kereta buruk yang dibiarkan tersadai juga menjadi faktor yang mencacatkan pemandangan," rungut seorang penduduk, K.Subramaniam, 50, yang tidak tahan dengan keadaan disifatkan sebagai mencemar pemandangan di taman perumahan dekat Taman Indah, di sini.

Katanya, ketiadaan kemudahan tong sampah juga menjadi salah satu faktor yang memaksa penduduk di sekitar kawasan terbabit membuang .

"Bukan setakat penduduk, beberapa pengusaha perniagaan di kawasan berdekat turut buang sampah di tempat tidak sepatutnya," katanya.

Keadaan ini lama kelamaan menjadi tidak terkawal seterusnya sampah sarap yang dibuang, berselerak hingga ke jalan raya, katanya.

"Masalah itu berlaku sejak lebih setahun lalu setelah tong sampah yang diletakkan di Jalan Indah 1 dipercayai telah dicuri dan pernah terbakar. Setelah kejadian itu, sehingga kini masih belum ada tong sampah baharu digantikan.

“Dulu ada tong sampah tapi dah terbakar dan ada juga yang dicuri. Tong sampah tu tong besi, jadi ada orang curi dan jual. Yang susahnya, kami tak tahu nak buang sampah di mana. Kami tak ada pilihan, buang saja di sini,” katanya.

Menurutnya, sampah yang dibuang akan diganggu anjing liar menyebabkannya berselerak hingga ke atas jalan.

Sementara itu, seorang peniaga berdekatan tempat pembuangan sampah itu berkata, kebanyakan sampah dibuang oleh pengusaha kedai dan hanya sebilangan penduduk yang membuang sampah di situ.

“Biasanya sampah akan dibuang pada waktu pagi dan lewat petang kira-kira jam 7 petang. Berlonggok-longgok sampah dibuang di situ sampaikan dah jadi tempat pelupusan sampah pula,” katanya yang enggan namanya dikenali.

Menurutnya, selain sampah, kereta buruk turut diletakkan di kawasan itu.

"Disebabkan ketiadaan penguatkuasaan ia terus mengundang masalah kepada penduduk serta orang ramai," katanya.

Seorang lagi penduduk, R.Sengaraja, 43, berkata, pihak berkuasa tempatan pernah membersihkan kawasan tersebut. Namun, ketiadaan tong sampah dan pemantauan menyebabkan keadaan sama berulang.


Kemaskini pada 2014-01-09 12:59:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page