Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

PBT Digesa Proaktif Hapus Aedes

  • PBT digesa proaktif hapus sarang AedesKhalid (kanan) dan Yaziz menunjukkan antara tempat pembiakan Aedes di Jalan Tanjung.
< 1 / 1 >

BUKIT SENTOSA - Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa menggunakan segala kuasa perundangan terhadap rumah terbiar dan pemilik kediaman di Jalan Tanjung yang membiarkan kediaman mereka sehingga menjadi tempat pembiakan Aedes.

Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Tanjung, Yaziz Yunus berkata, terdapat lebih 200 kediaman dalam Jalan Tanjung, enam kes denggi dilaporkan dan empat kes daripadanya daripada berlaku di sepanjang Jalan 2B.

Menurutnya, ketika ini Jalan Tanjung diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi dan jika satu kes bertambah ia akan menjadi hot spot yang sangat berisiko.

“Terdapat sebuah rumah yang sudah lama ditinggalkan dan mempunyai tunggakan cukai taksiran lebih RM12,000, bermakna sudah berpuluh tahun ditinggalkan.

“Pihak majlis perlu ambil tindakan untuk menyelesaikan masalah rumah terbiar ini menggunakan kuasa yang ada,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menghapus sarang aedes yang diadakan bersama Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Selangor pada Ahad lalu dianggap berjaya, namun satu sesi dialog juga perlu diadakan dalam masa terdekat bagi mencari kaedah penyelesaian masalah tersebut.

Sementara itu, bekas Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Khalid Jaafar berkata, tindakan perundangan perlu diambil bagi memastikan 15 kediaman tidak berpenghuni di kawasan perumahan itu dibersihkan sebagai langkah pencegahan wabak denggi yang berleluasa.

“Perumahan Jalan Tanjung adalah kawasan wabak di mana sudah terdapat enam kes denggi tahun ini.

“Keadaan ini membimbangkan dan setelah diselidik puncanya daripada unit rumah yang terbiar tidak berpenghuni di Jalan 2 dan Jalan 2B. Atap bocor, air bertakung dan sampel yang diambil positif menjadi tempat pembiakan Aedes,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya yang juga penduduk di perumahan tersebut, unit terbiar itu dahulunya hanya menjadi tempat binatang berbisa, namun disebabkan tiada langkah pembersihan diambil menjadikannya tempat pembiakan Aedes.

Katanya, sekiranya tiada tindakan diambil wabak denggi akan berulang dan menjadi lebih serius sehingga mampu mengundang kematian.

“Pegawai kesihatan meminta kerjasama dan kesedaran mengenai bahaya wabak denggi terhadap penduduk tapi masalahnya bukan ketiadaan kerjasama sebaliknya punca kepada masalah ini bukan ketiadaan kesedaran tapi jelas daripada unit rumah terbiar.

“Jadi MDHS perlu gunakan peruntukan undang-undang yang ada untuk tangani wabak ini kerana sangat membahayakan penduduk.

“Denggi tidak dapat diubati tapi jangan tunggu sehingga kes kematian baru mahu bertindak,” katanya.

Sumber Sinar Harian Edisi Selangor


Kemaskini pada 2014-01-30 12:30:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page