Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Masih Menanti Elaun Tertunggak

  • Masih menanti elaun tertunggakSiti Khadijah bertongkat dan terpaksa dibantu jirannya, Wong Chun Lan untuk duduk ketika ditemui di rumahnya. - Foto Sinar Harian
< 1 / 1 >

HULU YAM - Golongan mualaf di Kampung Orang Asli Gurney di sini berharap segala masalah mereka dapat diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Siak surau kampung berkenaan, Zaki Mohd Rafi, 32, berkata, sebagai golongan yang kebanyakannya baru mengenali Islam, mereka amat memerlukan bimbingan positif bukan saja daripada individu malah agensi yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam.

“Banyak perkara yang perlu diberi perhatian terhadap keluarga mualaf di kampung ini antaranya masalah elaun kelas asas fardu ain yang tertunggak.

“Ini bukan masalah baru dan tidak dinafikan ada keluarga yang tidak terlalu mengharapkan pemberian elaun tersebut kerana ia sudah lama tertunggak,” katanya.

Menurutnya, elaun untuknya saja tidak diberikan sejak sembilan bulan lalu dan isterinya juga sudah lebih setahun tidak menerima elaun tersebut yang sepatutnya diberikan melalui agensi agama.

Katanya, sebagai individu yang sudah lama memeluk Islam dia ikhlas dalam perjuangan agama namun dia memikirkan nasib 12 lagi keluarga mualaf di kampung tersebut yang mengharapkan elaun tersebut.

“Ada seorang nenek di kampung ini yang sudah peluk Islam dan harapkan elaun tersebut tapi tidak diterima sampai sekarang.

“Nenek ini tinggal sendiri, dia tidak larat untuk jalan dan kadang-kala kami lihat dia pengsan dalam rumah sebab tak makan lebih dua hari.

"Bekalan elektrik rumahnya juga hampir dipotong kerana bil tertunggak lebih RM1,500, malah bekalan air dipotong sejak dua tahun lalu," katanya.

Menurutnya, seperti mualaf lain, Siti Khadijah Abdullah yang berusia lebih 65 tahun itu sepatutnya menerima elaun kelas asas fardu ain sebanyak RM240 sebulan tetapi sudah lebih setahun dia tidak menerimanya.

Zaki berkata, mereka sudah dijanjikan untuk diberikan elaun pada Disember tahun lalu namun disebabkan sebab tertentu, tempoh itu dibawa kepada Januari tahun ini.

Namun, dia kesal kerana masih tidak menerima maklumat mengenai elaun tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jaksa Pendamai (JP) Daerah Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom bersedia menjadi orang tengah untuk menghubungkan keluarga mualaf ini kepada pihak berwajib.

Beliau juga bercadang melawat ke rumah Siti Khadijah bersama JP Hulu Selangor untuk menghulurkan sumbangan.


Kemaskini pada 2014-02-03 11:36:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page