Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pembeli Tuntut Hak

  • Pembeli tuntut hakSebahagian penduduk dan pembeli rumah Fasa 4 yang hadir pada dialog berkenaan.
< 1 / 1 >

BATANG KALI - Sudah lebih 10 tahun bayaran pembelian rumah dilangsaikan, namun geran masih tidak diperoleh.

Itu permasalahan dialami lebih 300 penduduk di Fasa 4, Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali sehingga memaksa mereka membuat tuntutan kepada pemaju yang dianggap bertanggungjawab dalam perkara itu.

Penduduk kesal kerana pihak pemaju yang sepatutnya bertanggungjawab, namun difahamkan gagal menyelesaikan isu bayaran premium kepada pihak kerajaan sehingga mereka pula terpaksa menanggung akibatnya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 4, Khairon Hasan, 47, berkata, mereka hanya  mahukan hak sebagai pemilik rumah dan tanah yang sepatutnya mendapat geran selepas bayaran pembelian rumah telah dijelaskan sepenuhnya.

“Kita cuma mahu geran. Sesi dialog ini hanya minta satu perkara saja iaitu kita minta geran untuk penduduk yang telah buat penyelesaian hutang kepada pihak bank.

“Kita pun tak boleh tunggu lama sebab kebanyakan yang telah selesai pembayaran bank ini sudah usia lanjut dan jika berlaku kematian akan wujud pelbagai masalah.

“Jadi penduduk dah sepakat bahawa kita akan mendesak dengan beberapa pihak antaranya kita nak minta campurtangan menteri besar dan juga lihat dari segi perundangan serta merujuk kepada Akta Kanun Tanah Negara (KTN). Kalau ada ruang untuk kita gunakan perundangan kita akan gunakan sebab kita kerugian masa dan teraniaya,” katanya kepada Sinar Harian selepas mempengerusikan dialog bersama pemaju berhubung kelewatan pemilikan geran rumah.

Bagaimanapun, dialog yang dihadiri hampir 100 penduduk itu tidak dihadiri oleh pihak pemaju dan hanya memaklumkan ketidakhadiran wakil mereka sehari sebelum dialog berlangsung.

Khairon berkata, sepatutnya geran telah lama dikeluarkan kerana lebih 70 peratus daripada lebih 450 penduduk Fasa 4  telah menjelaskan bayaran antara empat hingga 10 tahun lalu.

Katanya, ketiadaan geran rumah menyekat hasrat pemilik untuk berbuat sebarang perkara ke atas rumah mereka seperti menjual, mencagarkan dan sebagainya.

“Sekarang ini kita hanya menggunakan dokumen perantara untuk berurus niaga rumah sebagai contoh sekiranya orang A nak beli rumah orang B, hanya dokumen perantara saja yang boleh digunakan sebagai tapi tanah tak boleh beli sebab belum jadi hak milik di mana puncanya pemaju masih tak buat pecah sempadan.

“Nak dapatkan dokumen ini pun nak kena bayar kos antara RM600 hingga RM800,” katanya.


Sedari awal masalah projek

Khairon berkata, penduduk sejak awal  menyedari projek perumahan mereka adalah projek bermasalah iaitu sejak dibangunkan pada tahun 1996, rumah yang sepatutnya siap pada 1998, lewat diserahkan sehingga tahun 2000.

“Pada waktu itu penduduk memang ada buat tuntutan dengan pemaju untuk membayar ganti rugi kelewatan penyerahan milikan kosong dan masa penyerahan tahun 2000 itu infra tak cukup, bekalan elektrik dan air tak ada.

“Penduduk sebahagiannya  berjaya dalam proses  mahkamah  dan separuh lagi menerima tawaran pemaju iaitu RM1,500 yang mana paling rendah. Selain daripada itu mereka menggunakan mahkamah  dan menang mendapat bayaran lebih kurang antara RM5,000 hingga RM8,000.

“Jadi pengalaman kita dengan pemaju ini memang ada sebab itu kita sedar projek ini memang bermasalah tapi tak tahu sama ada mereka ini sedar atau tidak kami ini telah dianiaya,” katanya.


Mahu penjelasan pihak berkaitan

Khairon berkata, penduduk menyedari pemaju terbabit hanya front line tetapi di belakangnya ada sebuah lagi pemaju yang difahamkan telah muflis dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai pemilik tanah mutlak.

“Kami nak tahu berapa lama nak tunggu. Dulu kita tunggu kelewatan siap dan sekarang tunggu kelewatan geran. Perkara ini bersifat kepentingan awam.

“Kami juga mahu penjelasan daripada pihak berkaitan sebab kebanyakan penduduk beranggapan bahawa pemaju hanya bersandiwara walaupun kata simpati,” katanya.


Kemaskini pada 2014-02-14 11:53:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page