Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tindakan Pantas Nenek Selamatkan Cucu

  • Tindakan pantas nenek selamatkan nyawa cucuMohd Omar (kanan) ketika menemani ibunya menerima sumbangan daripada pihak Best.
< 1 / 1 >

HULU YAM - Tindakan pantas seorang nenek mengejutkan cucunya yang sedang tidur menyelamatkannya daripada menjadi mangsa kebakaran.

Menurut Muhammad Omar Samsudin, 25, dia bersyukur kerana neneknya sempat mengejutnya daripada tidur sebelum bergegas menyelamatkan diri serta barangan penting lain.

“Kejadian dalam jam 7.30 pagi dan masa tu saya tidur. Saya sedar bila nenek kejut mengatakan rumah terbakar.

“Masa tu saya tak fikir lain, terus selamatkan barang-barang berharga sebab saya tengok semua ahli keluarga sudah keluar,” katanya.

Menurutnya, kebakaran bermula daripada salah sebuah bilik sebelum merebak ke ruang tamu dan memusnahkan beberapa barangan perabot serta bumbung.

Ketika kejadian, katanya,  dia bersama lima ahli keluarga lain berada di dalam rumah termasuk nenek; ibu; adik; bapa saudara; dan adik saudara berusia empat tahun.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana semuanya selamat dalam kejadian tersebut.

“Jiran-jiran juga pantas membantu kami menyelamatkan barang-barang lain.  Bomba berjaya memadamkan kebakaran daripada terus merebak dan punca kejadian dikatakan akibat litar pintas,” katanya sambil memberitahu kerugian dianggarkan RM40,000.

Dia yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Belia Sentosa (Best) turut menerima kunjungan pemangku Presiden Best, Zulkefli Nawawi bersama AJK serta kunjungan prihatin Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Menurut Zulkefli, Best turut melancarkan tabung kilat mengumpul sumbangan meringankan beban keluarga terbabit.  

Selain Best, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Selangor turut menghulurkan bantuan.


Kemaskini pada 2014-03-11 12:34:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page