Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Isu Air Selesai Tiga Bulan Lagi

  • Isu air selesai tiga bulan lagiKee Hiong (tengah) memegang kotak berisi air untuk disumbangkan kepada penduduk Lembah Beringin, semalam.
< 1 / 2 >

LEMBAH BERINGIN - Masalah bekalan air di kawasan perumahan Lembah Beringin dijangka akan berakhir dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, kerja penyambungan dan pemasangan paip utama dari Kerling ke Lembah Beringin kini di peringkat akhir dan dijangka selesai bulan ini sebelum air bersih dapat disalurkan ke kediaman penduduk.

"Syabas juga sudah di peringkat akhir membuat kerja pemasangan paip utama dari Kerling ke kawasan ini bagi membolehkan penduduk menerima bekalan air bersih selepas ini.

“Jadi selepas itu, penduduk tidak perlu lagi bergantung kepada sumber air Sungai Beletak untuk kegunaan harian,” katanya selepas melawat empangan air sementara dibuat penduduk di sini semalam. Hadir sama, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jawa, Mahmud Marzuki.

Kee Hiong bagaimanapun berkata, terdapat sedikit masalah yang mungkin dialami penduduk sebelum bekalan air dapat disalurkan sepenuhnya ke seluruh unit perumahan.

“Cuma sedikit masalah yang kita jangka akan timbul iaitu apabila air Syabas disalurkan ke tangki simpanan di kawasan perumahan ini dikhuatiri ada beberapa kawasan perumahan yang tidak menerima bekalan air.

“Tapi saya akan berhubung dengan Syabas bagi membincangkan penyelesaian masalah tersebut dan membaiki sistem pembekalan air ke rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Kee Hiong turut menzahirkan penghargaannya terhadap kesungguhan penduduk Lembah Beringin bergotong-royong membina empangan air di Sungai Beletak yang dilakukan kelmarin.

Katanya, lawatan yang diadakan semalam juga bagi melihat sebarang masalah sampingan yang boleh diselesaikan menerusi khidmat Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kuala Kubu Bharu.

Pada lawatan tersebut, Kee Hiong turut menyumbangkan air untuk diagihkan kepada seluruh penduduk di kawasan perumahan tersebut.


Kemaskini pada 2014-03-17 09:26:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page