Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Jalan Rosak Angkara Lori Pasir

  • Jalan rosak angkara lori pasirJalan berlubang dan ditakungi lumpur akibat lori yang keluar masuk membawa pasir didakwa dicuri.
< 1 / 2 >

HULU SELANGOR - Sebuah kawasan bekas lombong di Ladang Rasa bersebelahan Sungai Selangor didakwa terus menjadi sasaran kegiatan curi pasir.

Seorang pekebun yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 49, berkata, kegiatan itu dipercayai beroperasi lebih lima bulan lalu namun pihak berkuasa didakwa gagal membendung kegiatan tersebut sehingga mengundang banyak masalah.

“Boleh tengok jalan rosak teruk sebab lori keluar masuk setiap hari.

“Bukan satu dua lori, tapi lebih 10 lori yang keluar masuk. Satu lori ada empat ke lima trip setiap hari. Bayangkan berapa teruk jalan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tan mendakwa, kegiatan tersebut tidak berlesen kerana dilakukan pada waktu petang hingga lewat malam.

"Kegiatan curi pasir bermula antara jam 5 petang hingga 12 malam setiap hari tanpa pemantauan pihak berkuasa," katanya.

Manakala seorang lagi pekebun yang hanya mahu dikenali sebagai Vellu, 37, berkata, jalan di kawasan ladang ternakannya juga rosak teruk dan semakin sukar dilalui kenderaan ringan.

“Tengoklah lubang besar di jalan masuk (kandang ternakan), air bertakung, macam mana nak lalu.

“Susahlah kalau terus macam ini. Sebab itu pihak berkuasa perlu ambil tindakan tangkap mereka dan hentikan cepat,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa pernah membuat serbuan dan tangkapan beberapa pekerja yang dipercayai mencuri pasir di kawasan tersebut namun dilepaskan dengan jaminan.

Katanya, selepas pekerja berkenaan dilepaskan kegiatan mencuri pasir semakin rancak dan berlaku sehingga hari ini.

“Kalau tengok di satu kawasan lombong yang dikorek pasirnya, dah macam tak ada jalan sebab habis semuanya dikorek.

“Sekarang ni sungai dan lombong hanya dipisahkan satu jalan yang ditambak pasir. Bila-bila masa saja boleh runtuh jalan tu,” katanya.

Vellu turut mendakwa, kegiatan itu dikaburi dengan papan tanda tertera syarikat pengusaha pasir berlesen namun aktiviti yang dilakukan pada waktu malam jelas sekali haram.

Dalam pada itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor dengan menghubungi pegawai berkaitan namun gagal kerana difahamkan ada yang berkursus dan berada di luar kawasan.


Kemaskini pada 2014-04-03 08:37:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page