Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kegiatan Curi Pasir Lumpuh

  • Kegiatan curi pasir lumpuhAnggota penguatkuasa berusaha merobohkan struktur haram yang didirikan untuk kegiatan curi pasir.
< 1 / 1 >

RASA - Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS) tidak akan membenarkan sebarang aktiviti cuci gali bahan batuan dan pasir di kawasan bekas lombong di Kampung Hulu Kali bagi mengelakkan berlakunya kegiatan curi pasir di kawasan tersebut.

Ketua Penolong Pegawai Daerah, Mohamad Rohib Misnan berkata, anggota penguatkuasa juga akan ditempatkan di kawasan tersebut bagi memantau sebarang kegiatan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya, kelulusan permit diberikan untuk aktiviti cuci gali di Sungai Kali sepanjang 10 Kilometer. Kontraktor yang dilantik dibolehkan meletakkan mesin mereka di mana-mana lokasi bagi tujuan kerja mencuci pasir.

“Tapi, untuk aktiviti cuci gali di kawasan ini, didapati mereka meletakkan mesin berkenaan berhampiran kawasan bekas lombong yang mana membolehkan mereka melakukan kegiatan mengambil pasir di kawasan yang tidak ada permit.

“Justeru, bila dapat aduan kita segera ambil tindakan,” katanya selepas melaksanakan Ops Cantas di kawasan tersebut, semalam.

Operasi tersebut dilakukan susulan aduan pekebun dalam kawasan Ladang Rasa berhubung kegiatan curi pasir di kawasan bekas lombong yang didakwa berlaku sejak lima bulan lalu sehingga merosakkan jalan.

Mohamad Rohib berkata, permit cuci gali bahan batuan masih diberikan kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi kawasan Sungai Hulu Kali sepanjang 10 kilometer. Bagaimanapun katanya, operasi cuci pasir tidak dibenarkan berdekatan kawasan bekas lombong.

Menurutnya, pada asalnya permit cuci gali bahan batuan telah dikeluarkan. Namun, KSSB telah menamatkan operasi di kawasan bekas lombong berkenaan.

"Walaupun begitu, berlaku pula berlaku kegiatan curi pasir pada waktu malam. Selepas ini kita tidak akan memperbaharui permit untuk aktiviti di kawasan ini kerana tidak mahu masalah yang sama berulang. Tindakan perundangan akan dikenakan kepada pemilik lori dan jentera kerana bersubahat,” tegasnya.

Katanya, dalam Ops Cantas itu dua struktur pondok yang dibina di kawasan tersebut dirobohkan termasuk palung dan mesin penyedut dirampas.

"Ketiadaan mesin penyedut pasir melumpuhkan kegiatan curi pasir. Sementara, sebuah lori dan jengkaut disita. Secara total operasi curi pasir itu tak boleh bergerak sebab kita dah rampas mesin pam dan penyedut pasir. Jika tak ada pam, memang tak ada pasir.
“Kita juga kawal kawasan ini 24 jam bermula jam 12 tengah malam 3 hari bulan sehingga tempoh dua hingga tiga bulan kemudian kita buat pemantauan secara berkala,” katanya.


Kemaskini pada 2014-04-05 14:01:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page