Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kegembiraan Bertukar Trajedi

  • Kegembiraan bertukar tragediAhli keluarga mengeluarkan barangan berharga daripada kenderaan MPV dinaiki mangsa.
< 1 / 2 >

HULU BERNAM - Kegembiraan sebuah keluarga besar meraikan pernikahan sepasang mempelai berakhir tragis apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 412 Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur keluar Plaza Tol Lembah Beringin petang semalam.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu melibatkan sebuah kereta MPV dinaiki lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia lingkungan dua tahun.

Menurut seorang saudara mangsa, Ater Kaur, 50, sebelum kejadian mereka serombongan daripada Klang telah menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya dan mereka sepatutnya pulang bersama ke Ipoh.

“Selepas makan tengah hari rombongan sepatutnya pergi ke rumah pengantin perempuan tapi mereka balik awal sebab ada urusan.

“Kami terkejutlah bila balik tengok mereka terlibat kemalangan dan mangsa meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika makan tengah hari di sebuah kelab eksekutif di Klang, mangsa kelihatan gembira dalam majlis tari menari meraikan pasangan mempelai.

Namun katanya, dia terkejut kerana mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Selalunya kalau ada majlis perkahwinan kami naik bas tapi kali ini semua naik kereta.Tapi tak sangka jadi begini,” katanya.

Sementara itu, suasana pilu di pekarangan Klinik Kesihatan Tanjung Malim, Perak apabila ahli keluarga mangsa menunggu empat lagi mangsa yang cedera dalam kemalangan itu menerima rawatan.

Sementara itu seorang adik mangsa yang meninggal dunia yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian mendiang kakaknya dipercayai memangku cucunya, namun cucunya terselamat.

“Dia pangku cucunya masa itu tapi masa kemalangan tak tahu macam mana cucunya selamat mungkin masuk di bawah kaki.

“Dia meninggal dunia sebab cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Slim River,” katanya.

Katanya, mangsa adalah anak sulung daripada sembilan beradik.

Manakala, seorang lagi ahli keluarga yang enggan dikenali mendakwa kereta MPV mangsa berputar dua kali sebelum terbabas ke kiri dan terbalik di dalam longkang.

Menurutnya, selepas kemalangan itu sebuah lagi kereta turut terbabas dan melanggar besi penghadang, namun pemandunya tidak cedera.

Dakwanya, kemalangan itu disebabkan jalan licin kerana hujan lebat ketika kejadian.


Kemaskini pada 2014-04-22 11:57:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page