Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Berang rambut dipotong, pelajar pukul guru

oleh AHMAD ISMADI ISMAIL  

Arsad Kamaruddin
Arsad Kamaruddin
 

HULU SELANGOR - Seorang guru wanita dipukul oleh seorang pelajar lelaki kerana berang rambutnya dipotong di sebuah sekolah menengah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa yang juga guru disiplin berusia 52 tahun sedang membuat rondaan.

"Guru wanita berkenaan menerima laporan daripada seorang guru lain yang menyatakan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu berambut panjang.

"Mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Arsad berkata, pelajar tersebut marah dan mengugut mahu membunuh guru berkenaan.

"Pelajar itu kemudian bertindak memukul guru wanita berkenaan dengan batang penyapu hingga menyebabkan mangsa cedera di mata kirinya," katanya.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan pelajar terbabit.

"Hasil ujian air kencing ke atas pelajar berkenaan negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

"Dia ditahan reman bermula Khamis hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan," katanya.


Kemaskini pada 2022-08-08 08:10:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page