Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kuartes Lama Miliki Nilai Tersendiri

  • Kuarters lama miliki nilai tersendiriAntara kuarters kerajaan yang perlu dipertahankan kerana nilai tinggi warisannya.
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BHARU - Bekas kuarters kakitangan kerajaan yang dibangunkan sejak lebih 30 tahun lalu perlu dipelihara dan dijadikan nilai warisan Kuala Kubu Bharu.

Pengerusi Persatuan Sejarah Kuala Kubu (Peskubu), Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, perkara itu turut menjadi hasrat Peskubu kerana bangunan lama itu mempunyai nilai warisan yang sangat berharga malah turut berhasrat menjadikannya rumah klasik.

“Memang menjadi hasrat kita untuk menjadikan kuarters kerajaan yang lama itu sebagai rumah klasik.

“Peskubu akan mengetengahkan konsep klasik dengan ciri-ciri klasik dari segi hiasan dalaman, perabot dan sebagainya. Ini sesuai dengan hasrat mengekalkan ciri-ciri Kuala Kubu Bharu sebagai bandar warisan,” katanya pada Mesyuarat Agung Peskubu Kali Pertama semalam.

Hadir sama, Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong.

Abdul Wahab berkata, sehingga kini Peskubu masih tidak dapat melaksanakan cadangan itu memandangkan masih terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi selain proses pewartaan yang belum selesai.

Sementara itu, Kee Hiong berkata, beliau pernah membangkitkan perkara tersebut pada Sidang Dewan Rakyat, November tahun lalu, namun jawapan diterima agak menyedihkan kerana terdapat cadangan untuk merobohkan kuarters lama berkenaan.

“Jawapan kerajaan negeri bercadang untuk merobohkan rumah-rumah kuarters milikan kerajaan negeri yang usang dan terbiar di KKB di mana penyelenggaraannya di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS).

“Bagaimanapun buat masa ini perobohan masih belum dapat dilaksanakan memandangkan tapak-tapak kuarters berkenaan masih dalam proses pewartaan,” katanya.

Beliau yang sedih dengan jawapan itu tidak putus asa dan membangkitkan soalan sama pada Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah kelmarin yang dipengerusikan Pegawai Daerah.

Menurutnya, PDTHS menjelaskan tidak akan merobohkan semua kuarters itu kerana turut menghargai nilai warisannya malah pegawai daerah mencadangkan ia dijadikan tempat warisan.

“Jadi jawapan itu positif kepada seorang yang menghargai sejarah. Jawapan  memuaskan  dan akan sama-sama usahakan.

“Walaupun kos mengindahkan kawasan warisan lebih tinggi daripada pembinaan baru tapi disebabkan ia ada nilai sejarah maka kita tidak boleh melihat kos sahaja,” katanya.


Kemaskini pada 2014-05-02 15:09:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page