Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pameran Fotografi di IKBN Peretak

KUALA KUBU BHARU – Peminat dan pengemar fotografi berpeluang menyaksikan pameran fotografi bertemakan ‘Dari Mata’ hasil pelajar tahap tiga jurusan fotografi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak yang akan diadakan di Dewan DAHA institut ini pada 9 Mei dan 10 Mei depan.

Pengurus pameran Mohd Zulfadhli Zulkarn’ain berkata, pameran yang diadakan ini adalah sentuhan daripada 17 pelajar tahap tiga yang akan tamat pengajian mereka semester ini.

Katanya, setelah mendapat ilmu melalui tenaga pengajar kini tiba masanya mereka menggabungkan daya inovasi, kreativiti, imaginasi dan hubungan luar dengan mengadakan pameran ini.

“Kami perlu menyediakan kertas kerja dan mencari sumber serta menjalinkan hubungan dengan pihak luar dan Alumni IKBN agar apa yang kami rancangkan memperoleh kejayaan melalui pameran yang akan kami adakan,”sambung Zulfadhli lagi.

Anak kelahiran Kuantan bersama 16 pelajar lain ini telah menghasilkan gambar dari lensa mereka dalam pelbagai sudut yang pastinya akan memuaskan hati bukan sahaja pengunjung pameran malah ibu dan ayah mereka yang akan turut menyaksikan pameran julung kali diadakan ini.

Sementara itu Ketua Jabatan Fotografi Mohd Hatim Mazlan ketika dihubungi berkata, pameran yang diketengahkan oleh mereka ini juga merupakan pembelajaran yang mengkehendaki mereka merancang, mempelajari aspek pengurusan dan mempamerkan pula kepada masyarakat dan keluarga.

Dalam pada itu Yang Dipertua Alumni IKBN Peretak yang juga Presiden Alumni IKBN / Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Samsudin Oli Mohamed bangga dengan pencapaian pelajar IKBN Peretak sekali pgus akan mempersembahkan hasil mereka kepada masyarakat terutama golongan pelajar, belia dan orang ramai.

“Saya melihat projek atau gambar yang dihasilkan ini bukan sahaja dinilai untuk diberi markah oleh tenaga pengajarnya tetapi memberi peluang kepada ibubapa, keluarga, masyarakat untuk mengadili hasil kerja pelajar IKBN,”ujarnya lagi.

Oleh itu beliau berharap pelajar, belia dan penduduk sekitar Kuala Kubu Bharu mengambil peluang untuk melihat pameran julung kali yang dianjurkan ini.

Bagi mereka yang tinggal jauh seperti mahasiswa universiti atau sekolah di luar Kuala Kubu Bharu boleh menghubungi talian 0139878555 untuk keterangan lanjut.

Kemaskini pada 2014-05-05 12:51:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page