Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Jambatan Dijanjikan Belum Siap

  • Jambatan dijanjikan belum siapPengunjung kolam pancing antara yang menggunakan jambatan ini selain penduduk kampung Orang Asli.
< 1 / 1 >

BATANG KALI - Jambatan menghubungkan dusun dan kebun getah yang menjadi sumber pendapatan penduduk Orang Asli di Kampung Hulu Tamu perlu dibaiki segera.

Batin Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Alam Supah berkata, jambatan merentangi Sungai Kali itu hanya diperbuat daripada buluh, telah uzur dan menunggu masa untuk runtuh.

“Jambatan ini memang menjadi laluan keperluan penduduk.

“Kami ke dusun, memetik hasil-hasil tanaman, durian, menoreh getah dan semuanya.

“Saya harap jambatan baru disiapkan segera sebab janji bulan tiga hari tu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, jambatan baru sepatutnya dibina pada Mac lalu dengan kos RM20,000 seperti dijanjikan pejabat Adun Batang Kali.

Bagaimanapun katanya, beliau kesal kerana selang dua bulan pembinaan jambatan tersebut masih belum dilaksanakan.

Alam berkata, berdasarkan kepada maklumat yang disampaikan pejabat Adun sebelum ini, jambatan tersebut sepatutnya dibina dengan kos minima seperti yang telah ditetapkan.

“Dulu kosnya RM20,000 sebab kita buat jambatan untuk motor bukan kereta.

“Tapi sekarang kosnya sudah dinaikkan RM50,000, jambatan apa nak buat?” Katanya.

Katanya, sebagai Batin, beliau juga ada perasaan segan untuk terus berurusan dengan pihak atasan hanya berkaitan isu sama sedangkan ia sudah dijanjikan lebih awal.

Sementara itu, seorang pengusaha kolam pancing berdekatan, Abdul Malek Rawi, 49, berkata, beliau sendiri telah menghabiskan wang hampir RM20,000 untuk membuat empat jambatan kayu dan buluh untuk kegunaan pelanggan dan penduduk kampung.

“Saya antara yang dijanjikan dengan pembinaan jambatan baru tu bulan tiga hari tu, tapi sampai sekarang masih belum dibuat.

“Saya sudah hubungi banyak kali tanya bila nak buat tapi disuruh tunggu minggu depan tapi masa tu awal bulan empat,” katanya.

Katanya, pegawai yang bertanggungjawab menyelaras projek pembinaan jambatan tersebut telah datang melawat dan membuat penilaian sebanyak dua kali namun pembinaannya masih belum dilaksanakan.

Menurutnya, masalah jambatan itu turut memaksa orang asli meletakkan motosikal di sebelah jambatan dan berjalan kaki ke dusun mereka.

“Kalau diikutkan sudah ada kontraktor yang nak buat jambatan ni dengan kos RM12,000 dan siap sehari saja. Tapi kalau dibuat ada yang nak robohkan sebab kena tunggu pejabat Adun buat,” katanya.


Kemaskini pada 2014-05-07 11:21:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page