Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Inisiatif Ahli Majlis Buka Akaun SSPNi Percuma

  • S SuntaresanSuntaresan
< 1 / 1 >

HULU BERNAM - Seramai 175 murid daripada tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam kawasan Hulu Bernam didaftarkan secara percuma dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPNi).

Pendaftaran tersebut dilakukan atas inisiatif Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), S Suntaresan yang ingin melihat masa depan murid SJKT lebih terjamin pada masa akan datang.

“Pembukaan akaun dibuat menggunakan peruntukan ahli majlis dengan wang caruman minima RM20 untuk setiap murid.

“Hasil usaha ini semua murid sekolah telah menerima kad SSPNi masing-masing,” katanya selepas penyerahan kad akaun tersebut di dalam Program Menabung Demi Masa Depan.

Penyerahan kad tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus SSPN Zon Selangor, Zulkifli Ansari dan turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terlibat.

Tiga sekolah terlibat, SJKT Ladang Kalumpang, SJKT Ladang Escot dan SJKT Ladang Changkat Asa.

Sementara itu, Zulkifli berkata, pembukaan akaun SSPNi melibatkan murid sekolah SJKT merupakan usaha sulung yang pernah dibuat dan dilaksanakan atas inisiatif ahli majlis.

“Ini kali pertama di Selangor murid sekolah menerima kad SSPNi melalui program anjuran seorang ahli majlis.

“Harap program ini akan menjadi program perintis untuk program seumpamanya pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, pelajar juga harus mengambil peluang itu dengan baik dan harus menabung demi masa depan bagi tujuan pendidikan tinggi kelak.


Kemaskini pada 2014-05-15 17:54:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page