Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dua lelaki di tahan bantu siasatan kes gaduh di Serendah

25 Oktober 2022 04:14pm
Klip video pergaduhan yang tular menerusi media sosial.
Klip video pergaduhan yang tular menerusi media sosial.

 

KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan pada Selasa bagi membantu siasatan memukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kecederaan akibat perselisihan faham di Taman Sri Serendah, Hulu Selangor, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kedua-duanya yang berusia 40 dan 45 tahun ditahan di sekitar kawasan Serendah pagi tadi dan kini direman hingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

 
 

"Polis sedang memburu empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Polis Hulu Selangor sebelum itu mengesan dua klip video pergaduhan yang tular menerusi media sosial bertajuk: ‘Geng GST 08 Serendah Michael’ yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang lelaki.
 

Suffian berkata, pada kira-kira 6 petang semalam, pihanya telah menerima panggilan telefon memaklumkan berlaku satu kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki tempatan.

"Berdasarkan siasatan, insiden itu berpunca daripada sepupu mangsa yang telah meletakkan kenderaannya di hadapan rumah suspek dan suspek telah menegur sepupu mangsa sehingga mencetuskan pergaduhan.

"Mangsa cuba meleraikan pergaduhan namun suspek bertindak memukul mangsa. Sepupu mangsa telah melarikan diri meninggalkan mangsa yang telah dikepung sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek,” katanya.
Suffian berkata, mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul sehingga terbaring berlumuran darah dan kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Beliau meminta orang ramai tidak gusar berhubung kejadian itu dan menyeru mereka yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama


Kemaskini pada 2022-10-27 07:43:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page