Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Air Kotak Tamat Tempoh

  • Muntah, cirit-birit minum air kotak tamat tempohRavintharan menunjukkan laporan polis dan minuman soya yang dibeli telah tamat tempoh
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BHARU - Seorang bapa kesal apabila sebuah pasar raya menjual air minuman kotak yang sudah tamat tempoh selama lapan bulan sehingga menyebabkan anaknya berusia 11 tahun muntah dan cirit-birit.

G Ravintharan, 52, berkata, anaknya mengalami muntah-muntah dan cirit-birit selepas meminum air soya yang dibeli dari pasar raya tersebut.

"Saya tak sangka ini boleh terjadi sebab air itu dijual di pasar raya besar, bukan kedai runcit. Lebih-lebih lagi saya pelanggan tetap, di situ” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, air kotak itu dibeli pada 11 Mei lalu sebanyak enam kotak dan dipercayai sudah tamat tempoh pada 23 September 2013.

"Untuk pastikan air kotak itu tidak lagi dijual di pasar raya berkenaan, saya telah hubungi pasar raya terbabit dan terkejut apabila diberitahu air kotak itu masih tersimpan di dalam rak jualan.

"Tapi selepas itu saya diberitahu yang mereka dah pun buang kesemua minuman tersebut," katanya.

Ravintharan berkata, pihak pasar raya telah memanggilnya untuk mengadakan pertemuan dan dia diberi hamper sebagai ganti rugi selain kos rawatan anaknya ditanggung pihak pasar raya.

“Tapi sebagai pengajaran saya nak perkara ini diberi perhatian serius kerana melibatkan kesihatan dan nyawa bukan saja keluarga saya tapi masyarakat setempat yang menjadi pembeli.

"Selain anak saya, air kotak itu juga saya selalu beri pada ayah yang terlantar sakit tapi saya bersyukur sebab dia tak minum air itu pada kali ini," katanya.

Susulan kejadian itu, anak Ravintharan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.


Kemaskini pada 2014-05-19 09:08:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page