Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

UPAH MENOREH GETAH TIDAK CUKUP

  • Umi Kalthum (kiri) memerhatikan Rosni (tiga, kanan) bersama pegawai ICU dan JKM melihat ibunya yang terbaring bersama adiknya.Umi Kalthum (kiri) memerhatikan Rosni (tiga, kanan) bersama pegawai ICU dan JKM melihat ibunya yang terbaring bersama adiknya.
< 1 / 1 >

HULU BERNAM - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah keadaan nasib sebuah keluarga di Kampung Lalang yang hanya bergantung hidup kepada hasil menoreh getah semata-mata.

Prihatin dengan beban keluarga ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil meringankan kesusahan mereka menerusi bantuan tambahan.

Umi Kalthum Abdullah, 59, berkata, dia yang hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan antara RM200 dan RM300 sebulan mengakui tidak mampu menampung perbelanjaan ibunya yang terlantar dan adiknya yang kurang sihat.

“Makcik menoreh saja, bayangkanlah (upah) menoreh kena bahagi enam orang itu pun bergantung pada cuaca juga. Tambah pula bila musim hujan sekarang, kuranglah pendapatan.

“Bila ada bantuan tambahan untuk mak ni, bolehlah beli lampin pakai buang untuk dia. Dia nak makan apa pun lepas ni, bolehlah makcik belikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya semasa lawatan Mobile Team Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bersama Adun Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar dan JKM ke beberapa keluarga miskin di sekitar Sungai Selisek.

Umi Kalthum berkata, ibunya, Alang Limah Alang Sohor, 79, semakin uzur, manakala adiknya Rokiah, 52, kurang sihat.

“Emak makcik ni dah lama sakit dan terlantar. Dia boleh bangun tapi kalau nak berjalan keluar bilik kena pimpin. Makcik tak tahu apa-apa pasal sakit emak, sebab dia tak pernah pergi hospital, tapi mungkin sebab sakit tua,” katanya.

Menurutnya, selama ini ibunya hanya menerima Bantuan Am JKM sebanyak RM175 sebulan.

 Namun, katanya  ia tidak cukup untuk membeli keperluan ibunya.

Bagaimanapun, kini dia amat bersyukur apabila pihak JKM sudi memberikan bantuan tambahan menerusi Bantuan Pesakit Terlantar sebanyak RM300 sebulan.

Sementara itu, Rosni berkata, lawatan tersebut bagi memastikan golongan memerlukan mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya serta mengelak tercicir daripada menerima bantuan.

Katanya, lawatan seumpama ini akan diteruskan bagi mendekati lebih ramai golongan memerlukan dalam Dun Hulu Bernam khususnya yang tersenarai dalam e-Kasih.


Kemaskini pada 2014-06-10 14:19:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page