Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Sisik Ikan Tilapia Kaya Ion Kalsium

HULU BERNAM - Hasil kajian dan penyelidikan tempatan terhadap sisik ikan tilapia berjaya membangunkan bahan Hidroksiapatit (HAp) yang merupakan sebatian mineral yang larut dalam air untuk menghasilkan ion kalsium.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, bahan HAp berasaskan sisik ikan ini bukan saja halal malah kandungan ion kalsium dihasilkan lebih tinggi berbanding HAp berasaskan tulang haiwan dan cengkerang laut yang banyak digunakan dalam menapis air minuman.

“Prestasi lebih baik ini kerana struktur HAp sisik ikan mengandungi bahan Beta Trikalsium Fostat yang dapat meningkatkan keterlarutan HAp dalam air.

“Bahan ini tidak dijumpai dalam tulang haiwan. Sisik ikan juga tidak menunjukkan penyakit berasaskan virus merbahaya seperti tulang haiwan,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorendum Perjanjian antara Upsi dengan Syarikat Hijrah Water Sdn Bhd (Hijrah Water) yang disempurnakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamed Diah.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Water, Mohamad M Said dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Prof Madya Dr Tajul Shuhaizam Said.

Zakaria berkata, penemuan itu dilakukan Prof Madya Dr Ismail Zainol  daripada Upsi bersama Mohamad Syahrizal Ahmad daripada UPSI dan Dr Che Nor Aiza Jaafar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Katanya, bahan HAp biasa digunakan dalam penapis air adalah berbentuk manik sfera dan dalam inovasi terbaru itu, manik yang berporositi atau berliang dihasilkan agar molekul air dapat melalui liang-liang manik HAp serta melarutkan lebih banyak kandungan ion kalsium.  

Menurutnya, selain mengeluarkan ion kalsium, HAp juga dikenalpasti dapat menyerap logam berat dalam air paip dan meningkatkan kejernihan air.

“Kita semua tahu kalsium diakui dapat meningkatkan kekuatan tulang dan gigi terutama dalam peringkat perkembangan kanak-kanak dan juga kepada warga emas yang terdedah kepada penyakit pereputan tulang seperti osteoporosis.

“Namun begitu, kebanyakan bahan HAp untuk penapis air berada di pasaran adalah diekstrak daripada tulang haiwan sama ada daripada tulang lembu atau khinzir,” katanya.

Katanya, pakar perubatan meragui keselamatan penggunaan bahan Hidroksi Apatit daripada tulang haiwan akibat daripada penularan penyakit berasaskan haiwan seperti penyakit kuku dan mulut (MFD) dan penyakit lembu gila dan sebagainya.

Selain itu katanya, isu halal juga akan timbul seandainya lembu atau haiwan-haiwan tersebut tidak disembelih mengikut syariah.

Kemaskini pada 2014-06-19 15:04:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page