Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kes Denggi Di Selangor Meningkat

SHAH ALAM - Kes denggi di Selangor menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 1,101 kes direkodkan sejak Januari hingga 15 Jun lepas berbanding 265 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
   
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim berkata kadar kematian akibat denggi juga menunjukkan peningkatan dengan 31 kematian dalam tempoh tersebut termasuk tiga kematian dicatatkan pada minggu lepas.
   
"Keadaan ini agak membimbangkan...berbanding dalam tempoh sepanjang tahun lalu kes denggi di Selangor hanya mencatatkan 28 kematian.
   
"Meskipun banyak usaha pencegahan telah dilakukan, kes denggi di negeri ini terus mengalami peningkatan yang membimbangkan dengan tiga kematian baharu yang dicatatkan di Petaling, Klang dan Gombak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini. - Bernama

Kemaskini pada 2014-06-19 15:07:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page