Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pempengaruh luar negara sertai cabaran 'water rafting' di KKB

oleh NORAFIZA JAAFAR01 Mac 2023 08:50amMasa membaca: 2 minit
Pempengaruh media sosial yang hadir merasai pengalaman white water rafting di Kuala Kubu Bharu.
Pempengaruh media sosial yang hadir merasai pengalaman white water rafting di Kuala Kubu Bharu.
 

HULU SELANGOR - Sukan lasak, rakit arus deras atau white water rafting di Kuala Kubu Bharu (KKB) bakal menarik pelancong luar negara menerusi aktiviti mempromosi produk pelancongan yang dilaksanakan.

Pada Selasa, lima pempengaruh dari Uzbekistan dan Kazakhstan yang mempunyai 3.5 juta pengikut di media sosial hadir bagi merasai pengalaman sukan ekstrem tersebut.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerusi kemas kini di Facebook memberitahu, program diadakan oleh Tourism Malaysia itu bagi mempromosikan lokasi pelancongan menarik di Malaysia ke pasaran Asia Tengah.

"Pempengaruh ini ke Malaysia selama lapan hari bermula 21 Februari lalu hingga 1 Mac 2023 dan aktiviti mereka akan ditayangkan secara langsung melalui platform media sosial masing-masing.
Pempengaruh dari Uzbekistan dan Kazakhstan hadir ke Kuala Kubu Bharu bagi mempromosi sukan lasar white water rafting ke negara masing-masing.
Pempengaruh dari Uzbekistan dan Kazakhstan hadir ke Kuala Kubu Bharu bagi mempromosi sukan lasar white water rafting ke negara masing-masing.

"Hulu Selangor merupakan destinasi terakhir setelah mereka dibawa melawat ke beberapa lokasi seperti Putrajaya, Langkawi, Genting Highland, Kuala Lumpur dan Selangor," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Ujar kenyataan itu, seramai 18 peserta dari pelbagai agensi turut mengambil peluang untuk bersama-sama menjalankan aktiviti ini berkenaan termasuk dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,polis dan kakitangan MPHS.
Pempengaruh media sosial yang hadir merasai pengalaman white water rafting di Kuala Kubu Bharu.
Pempengaruh media sosial yang hadir merasai pengalaman white water rafting di Kuala Kubu Bharu.

"Program yang berlangsung selama tiga jam diakhiri dengan jamuan makan sambil menikmati keindahan alam semula jadi sebelum mereka berangkat pulang ke negara masing-masing.

"Semoga inisiatif ini dapat menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang ke daerah Hulu Selangor dan Malaysia, " katanya.


Kemaskini pada 2023-03-02 09:19:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page