Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Halang Bina Pusat Lumba Kuda

  • Beberapa individu mewakili gabungan pelbagai pihak mengadakan bantahan di depan pintu masuk MDHS semalam.Beberapa individu mewakili gabungan pelbagai pihak mengadakan bantahan di depan pintu masuk MDHS semalam.
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BHARU - Setelah bantahan mengenai cadangan pembinaan sebuah pusat lumba kuda berjaya dibuat pada 2011, beberapa pihak sekali lagi tampil membuat bantahan keras berhubung cadangan sama yang dipercayai telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini.

Ketua Sekretariat Bantahan Pembinaan Pusat Lumba Kuda, Muhamad Idris Ahmad berkata, bantahan terbaru itu disuarakan beberapa gabungan politik, ahli-ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), ketua dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung (JKKK), nazir dan ahli jawatankuasa masjid, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin masyarakat di Hulu Selangor, bagi memastikan cadangan pihak terbabit ditolak.

“Syarikat ini masukkan permohonan sekali lagi untuk dapatkan kelulusan bina pusat judi lumba kuda di sebuah kawasan di Hulu Selangor. Mereka juga sertakan kaji selidik daripada sebuah universiti tempatan yang menyatakan 50 peratus daripada

Melayu setuju pembinaan pusat itu.

“Tapi daripada mesyuarat Exco khususnya daripada Pas mencurigai kesahihan kaji selidik itu. Sebab pada 2011, PR Merdeka Centre telah kaji selidik tentang penerimaan masyarakat Melayu terhadap pembinaan pusat judi ini tapi kenapa pula kaji selidik ini menerima?  Ini menimbulkan kecurigaan," katanya yang ditemui selepas menyerahkan memorandum  bantahan tersebut kepada Yang Dipertua (YDP) MDHS, Tukiman Nail di depan pintu masuk MDHS., semalam.

Muhamad Idris yang juga YDP Pas Kawasan Hulu Selangor berkata, sebagai langkah bantahan beliau serta ahli jawatankuasa sekretariat akan mengumpulkan tandatangan orang Melayu di daerah ini sepanjang Ramadan.

“Kita akan ambil tandatangan rakyat Hulu Selangor seramai mungkin bagi menyatakan kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor bahawa kita  membantah,” katanya.

Sementara itu, Tukiman Nail mengesahkan menerima cadangan daripada sebuah syarikat sebagai sebahagian daripada cadangan pembangunan sebuah pusat rekreasi yang bersandarkan kepada sukan perlumbaan kuda.

Bagaimanapun katanya, jika disebut mengenai sukan lumba kuda maka masyarakat Islam akan memikirkan mengenai perjudian dan itu adalah hakikatnya.

“Sebenarnya permohonan ini sudah lama dikemukakan tapi kerajaan negeri belum bercadang untuk meluluskan.

“Walaupun, saya dapati beberapa kali cuba dibincangkan dalam Mesyuarat MTES termasuk mesyuarat yang terbaharu pada Khamis lalu, namun saya dimaklumkan kerajaan negeri belum buat keputusan” katanya dalam Mesyuarat Penuh MDHS.

Menurut beliau, bantahan sama juga pernah dikemukakan kepada Sultan Selangor ketika lawatan Baginda ke sebuah Masjid di Hulu Selangor beberapa tahun lalu.


Kemaskini pada 2014-07-02 08:08:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page