Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis sahkan mesej tular, buru suspek kes samun bersenjata parang

oleh AHMAD ISMADI ISMAIL27 Julai 2023 01:19pm

Mesej pesanan tular di media sosial. (Kanan: Ahmad Faizal)
Mesej pesanan tular di media sosial. (Kanan: Ahmad Faizal)

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Polis telah menerima tiga laporan berkaitan kes samun suspek bersenjatakan parang di jalan pintas Taman Bayan Batang Kali–Ulu Yam Bharu, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian itu telah berlaku pada 15 Oktober tahun lalu, Jumaat dan Selasa lalu.

"Mangsa yang terlibat merupakan lelaki serta wanita berusia 37 hingga 71 tahun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Faizal berkata, suspek dipercayai seorang lelaki warga tempatan menunggang motosikal serta bersenjatakan parang yang menyasarkan mangsa warga emas.

"Kita telah mempertingkatkan rondaan pencegahan jenayah di kawasan itu bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

"Kita telah membuka kertas siasatan terhadap kes samun tersebut, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Ahmad Faizal berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat.

"Orang ramai terutama warga emas dinasihatkan berhati-hati menggunakan laluan tersebut atau memilih jalan lain.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Kemaskini pada 2023-07-28 15:37:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page