Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Suami Isteri Hidap Sakit Kronik

  • Mohd Sapian menggantikan tiub untuk saluran air kencingnya sambil dibantu Maziratun.Mohd Sapian menggantikan tiub untuk saluran air kencingnya sambil dibantu Maziratun.
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - Seorang pesakit tulang belakang hanya mampu terlantar sakit selepas terbabit dalam kemalangan dan menjalani 13 kali pembedahan.

Malah, bukan sahaja suami, Mohd Sapian Ismail terlantar sakit, isterinya, Maziratun Jantan, 43, yang merupakan bekas jururawat juga menghidap penyakit leukimia selain masalah tulang belakang tahap kronik.

Mohd Sapian berkata, setiap kali tibanya Ramadan, keperluan sahur dan berbuka hanyalah ala kadar sekadar mengalas perut.

"Saya uzur dan doktor nasihatkan supaya jangan tinggal atau lambat makan ubat, jadi saya tak dapat berpuasa.

"Tapi walaupun isteri sakit leukimia dan bergantung pada ubat, dia tetap berpuasa," katanya.

Menurutnya, keadaan itu sudah dilalui pasangan itu sejak lebih 17 tahun lalu lagi.

"Saya ada tiga anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama dan mereka semuanya sudah berkahwin dan menetap di Kota Tinggi, Johor.

“Sakit bertambah, doktor pun kata tak boleh buat apa-apa. Pergi hospital sekadar ambil ubat dan sekarang bahagian kiri badan bengkak serta kebas mungkin ada masalah buah pinggang,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Pasangan berkenaan  tidak mempunyai anak.

"Kami pernah cuba dapatkan anak angkat tapi ditipu  individu yang kononnya mahu menguruskan proses pengambilan anak angkat.

"Sebanyak RM700 dilarikan dan individu itu lesap tanpa berita. Kami diminta masukkan duit untuk urusan mahkamah tapi anak yang dijanjikan tidak ada," katanya.

Walaupun dalam keadaan sakit dan terlantar, Mohd Sapian tetap memikirkan bagaimana dia boleh membantu orang lain iaitu dengan membina laluan orang kurang upaya (OKU) dalam masa sama bagi  memudahkan dia dan isteri.

“Kami kumpul duit bina laluan OKU sebab susah kalau tiada kemudahan itu dan yang ada pun jauh.

“Memang nampak saya seorang saja pakai kerusi roda tapi ada ramai juga yang sakit dan perlukan kemudahan ini,” katanya.

Biarpun tahap kesihatan Maziratun sudah kronik namun dia menggagahkan diri untuk melakukan semua untuk kebaikan suaminya.

Antara yang dilakukan membuat kerusi dan meja daripada bahan terbuang dan memasang jubin di dapur untuk kegunaan suaminya mandi.

“Saya kerja kontrak pembersihan dan dari situ saya ambil jubin dan ada juga kontraktor binaan bagi yang terbuang untuk dibuat lapik dapur sebab suami tak boleh mandi dalam tandas jadi bila mandi di dapur air bertakung.

“Ada jubin dan saluran sekurang-kurangnya dapat mengalirkan air yang bertakung,” katanya.

Bagi yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank Islamic Mohd Sapian 1620 1283 5402.


Kemaskini pada 2014-07-07 07:56:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page