Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Polis terima 4 laporan dakwaan terserempak harimau belang

 

oleh AHMAD ISMADI ISMAIL03 September 2023 12:12pm

Perhilitan sudah memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan harimau belang itu. - Gambar hiasan
  Perhilitan sudah memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan harimau belang itu. - Gambar hiasan

HULU SELANGOR - Polis menerima empat laporan berhubung kejadian seekor harimau belang berkeliaran di sekitar Batang Kali, Goh Tong Jaya, Serendah dan Kuala Kubu Bharu di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambil tindakan awal bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.

"Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang sedang berkeliaran dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan liar itu.

"Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan berhati-hati ketika menjalankan aktiviti berkebun, mendaki bukit, memasuki hutan dan sebagainya.

 

"Orang ramai turut dinasihatkan supaya bertenang dan tidak gusar berhubung kejadian ini. Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641132," katanya.

Pada 27 Ogos lalu, media melaporkan (Perhilitan) Selangor memasang kamera perangkap bagi mengesan harimau belang yang didakwa berada di Kilometer 18 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini.
Ia susulan seorang anggota polis bantuan berusia 56 tahun membuat laporan yang mendakwa melihat haiwan liar itu jam 5.30 pagi, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

 
 

 


Kemaskini pada 2023-09-04 16:35:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page