Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Desak tukar pengusaha kantin

  • Penuntut IKBN Pertak mendesak kontrak pengusaha kantin ditamatkan.Penuntut IKBN Pertak mendesak kontrak pengusaha kantin ditamatkan.
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BHARU - Lebih 600 penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak mengadakan demonstrasi aman di dataran institut itu bagi menyatakan ketidakpuasan hati berhubung masalah kebersihan makanan yang disediakan pihak kantin.

Demonstrasi bermula sebaik saja perhimpunan pagi berakhir kira-kira jam 9 pagi 16 Julai lalu di mana sebahagian penuntut diketuai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memegang kain rentang dan kad manila sambil penuntut lain melaungkan slogan mendesak kontrak pengusaha kantin ditamatkan.

Desakan tersebut dibuat susulan kekerapan berlaku masalah keracunan makanan melibatkan penuntut akibat makanan tercemar sejak semester lalu.

Presiden MPP, Mohd Aqbal Nasron, 24, sejak Januari lalu beberapa masalah berkaitan makanan dihadapi penuntut di IKBN Pertak antaranya lauk-pauk berulat, berlalat, nasi basi, pinggan berbau dan berminyak termasuk keracunan makanan.

“Perkara ini berlarutan dari semester lepas cuma kita buat aduan dan teguran lisan kepada pegawai serta pihak kantin sendiri sebab sudah berulang kali berlaku.

“Semester lepas kami tak ambil apa-apa tindakan tegas tapi bila masuk semester ini, bulan puasa pula jadi saya perlu ambil tindakan yang keras sebab melibatkan makanan dan ancaman kesihatan pelajar,” katanya.

Katanya, semua penuntut sudah dikumpulkan bagi mendapatkan pandangan bersama dan lebih 90 peratus memberikan nama serta tandatangan bersetuju mengadakan demonstrasi aman semalam.

Hantar laporan kepada KBS

Manakala, Ahli Jawatankuasa MPP, Mohd Luqman Hafeez berkata, pihak pengurusan didakwa tidak mengambil berat isu keselamatan makanan dan memaksa MPP bertindak sedemikian.

“Bagi saya sepatutnya bila sudah banyak kali aduan berserta bukti bergambar dan teguran dibuat, kontrak kantin dihentikan serta-merta.

“Mereka pun tahu bab makanan dan masalah kebersihan makanan ini tak boleh buat main kerana membawa penyakit kepada penuntut dan isu keracunan pernah membawa kematian,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah IKBN Pertak, Wan Sallam Wan Yusoff ketika ditemui berkata, pihaknya sudah menghantar laporan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung perkara dibangkitkan MPP untuk diambil tindakan selanjutnya.

Pihak pengurusan kantin pandang serius isu

Sementara itu, pihak pengurusan kantin IKBN Pertak memandang serius isu pencemaran dan keracunan makanan yang dibangkitkan pelajar institut itu.

Pengurus operasi, Syarikat Ranamonjerai Enterprise, Hafizul Alias berkata, pihaknya sudah mengambil langkah wajar dalam menangani sebarang masalah yang timbul melibatkan pengurusan kantin dan akan memastikan perkara sama tidak berulang lagi.

"Kami memandang serius perkara ini dan sebab itu saya sendiri datang menyelia kantin ini. Sebelum ini saya datang seminggu sekali saja tapi sekarang sudah berhari-hari di sini. Kami akan cuba yang terbaik supaya masalah ini tak berlaku lagi," katanya.


Kemaskini pada 2015-01-08 17:24:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page