Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tubuh Hampir Rebah Ke Bumi

BUKIT BERUNTUNG - Kedatangan Syawal yang sepatutnya disambut meriah tanda kesyukuran dan meraikan kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa tidak dirasai oleh seorang pesara kerajaan setelah rumahnya terlibat dalam kebakaran empat hari sebelum Aidilfitri.

Ujian musibah yang menimpa Tarmizi Samaun, 60, kira-kira jam 3.13 petang pada 24 Julai lalu telah memusnahkan hampir semua kelengkapan menyambut hari raya.

Dia yang kini bekerja sebagai pemandu teksi berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja.

“Masa kejadian pakcik keluar bekerja. Pakcik terima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada isteri beritahu rumah kami terbakar.

"Bila dapat tahu hal tu, tubuh hampir rebah ke bumi. Kelam kabut pakcik balik rumah. Waktu sampai, lihat rumah terbakar. ALLAH, habis musnah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana kejadian tersebut tidak mencederakan isteri dan anak-anaknya.

"Masa kejadian berlaku, isteri dengan anak-anak ada dalam rumah. Mereka tersedar berada dalam keadaan bahaya apabila perasan asap tebal dan api merebak dari dalam bilik tidur utama," katanya menceritakan detik cemas yang dihadapi keluarganya.

Tarmizi berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada litar pintas memandangkan kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.

"Dulu pernah jadi dah hal macam ni... tapi masa tu Alhamdulillah dapat kawal," katanya sebak.

Tarmizi berkata, kebakaran berkenaan telah memusnahkan pakaian hari raya tiga anaknya termasuk pakaian sekolah, kabinet dan katil.

“Tak apa nak lah, nak buat macam mana... benda dah berlaku. Ini semua ketentuan ALLAH. Sebagai hamba-Nya kami sekeluarga reda. Pasti ada hikmah yang Dia nak tunjukkan kepada kami sekeluarga.

"Walaupun, persiapan sambut hari raya habis musnah, kami tetap bersyukur sebab semua ahli keluarga selamat," katanya.

Katanya, kunjungan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan sebelum ini memberikan sumbangan sedikit sebanyak meringankan beban ditanggung keluarganya.

Sumber - Sinar Harian -


Kemaskini pada 2015-01-08 17:25:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page