Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tebing Jambatan Kian Terhakis

  • Ab Wahab menunjukkan hakisan yang berlaku pada tebing jambatan Kampung Koskan.Ab Wahab menunjukkan hakisan yang berlaku pada tebing jambatan Kampung Koskan.
< 1 / 1 >

SUNGAI CHOH - Tebing jambatan Kampung Koskan sekali lagi terhakis disebabkan berlaku kejadian paip bocor di tepi jambatan tersebut beberapa hari sebelum Syawal.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ehsanibu, Ab Wahab Shaari berkata, kejadian itu berlaku dua kali menyebabkan kesannya menjadi lebih teruk ditambah pula jambatan merupakan laluan kenderaan berat menuju ke persimpangan bertingkat Sungai Buaya.

“Bila paip bocor air menyembur tebing sungai di bawah jambatan menyebabkannya rebak.

“Saya sedari masa bekalan air terputus kira-kira dua hari sebelum raya dan bila ronda nampak paip di jambatan ini pecah,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, selepas dibaiki paip di kawasan sama sekali lagi bocor pada hari raya pertama menyebabkan keadaan bertambah teruk.

Katanya, paip lama berusia lebih 30 tahun antara punca paip mudah bocor dan pecah manakala struktur tanah jambatan lama itu juga sudah tidak kukuh menyebabkan ia mudah runtuh.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meletakkan kon dan lampu di kawasan berkenaan untuk keselamatan pengguna.

“Sejak persimpangan bertingkat itu dibuka masalah begini mudah berlaku sebab ini jadi laluan utama kenderaan berat.

“Kalau jangka pendek memang boleh baiki tapi untuk jangka panjang jambatan perlu dibuat baru sebab sempit,” katanya.

Ab Wahab berharap masalah itu diatasi segera kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini pada waktu malam.

Sementara itu, Jurutera Daerah, Ir AG Balamurugan berkata, keadaan hakisan di tepi jambatan tersebut tidak terlalu kritikal.

Katanya, beliau telah meminta pihak kontraktor  bertanggungjawab untuk membaiki keadaan itu segera.

“Hakisan tepi jambatan tidaklah begitu kritikal. Tapi kita telah minta pihak kontraktor untuk baiki segera.

“Kerja akan dimulakan esok (hari ini). Punca hakisan daripada kebocoran paip,” katanya.


Kemaskini pada 2015-01-08 17:26:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page