Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

"Saya Tahu Macam mana Perasaan Ayah Orang Lain"

  • Abdul Razak dan isteri, Nurul Aishah Abdullah mengiringi Shaqira Insyirah ketika melawat keluarga Harikrishnan.Abdul Razak dan isteri, Nurul Aishah Abdullah mengiringi Shaqira Insyirah ketika melawat keluarga Harikrishnan.
< 1 / 1 >

KUALA KUBU BHARU - Simpati melihat penderitaan ditanggung graduan Unisel, M Harikrishnan, 25, satu tabung khas untuk menampung kos rawatannya dilancarkan semalam.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata, beliau menyedari keluarga Harikrishnan perlu menanggung kos yang tinggi untuk menjalankan lapan rawatan kemoterapi dalam tempoh terdekat.

“Dulu adik Shaqira Insyirah, 7, (mengalami masalah penglihatan) perlukan rawatan dan rakyat Malaysia tampil membantu.

“Hari ini (semalam) saya harap begitu juga kepada adik Harikrishnan kerana dia masih muda dan saya pasti apabila dia dapat mengumpul dana RM100,000 dan setelah jalani semua rawatan dia dapat kembali kepada kehidupan biasa,” katanya selepas melancarkan tabung itu di rumah pemuda tersebut.

Kamalanathan turut melahirkan penghargaan kepada keluarga Shaqira Insyirah kerana menjadi antara penyumbang awal ke tabung khas itu menerusi baki sumbangan yang pernah dikumpulkan untuk rawatan pembedahan matanya sebelum ini.

Kamalanathan berkata, tabung Shaqira Insyirah dilancarkan Mac tahun lalu untuk mengutip sumbangan RM50,000 tetapi sumbangan diperoleh mencecah RM60,000.

Katanya, RM3,000 daripada lebihan sumbangan tersebut disalurkan ke dalam tabung Harikrishnan.

“Ini  budaya kita di Malaysia apabila kita dapat  lebih  daripada  keperluan kita beri kepada orang lain yang lebih memerlukan.

“Itulah mesej saya kepada semua rakyat Malaysia. Kalau ada sedikit lebih sumbangkanlah kepada yang memerlukan,” katanya.

Beliau pasti sumbangan orang ramai akan memberi masa depan yang cerah dan peluang kepada Harikrishnan untuk meneruskan kehidupannya.

Katanya, pada hari pertama tabung itu dilancarkan sumbangan sudah mencecah RM15,000 di mana Pengarah Urusan Akademi Memandu PS Samy, Datuk PS Samy menyumbang RM5,500 termasuk selebihnya daripada Kamalanathan sendiri.

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan ke akaun Maybank Maniam, 1560 6623 0382.

Dalam pada itu, bapa Shaqira Insyirah, Abdul Razak Abdul Rahim, 33, berkata, sebagai bapa dia tahu apa yang sedang ditanggung keluarga Harikrishnan.

“Saya ayah kepada pesakit tumor jadi saya pun tahu macam mana perasaan ayah orang lain.

“Sebelum ini, semasa Shaqira Insyirah buat rawatan di hospital ramai pesakit kanser kanak-kanak dan remaja sebab itu lebihan sumbangan itu saya berikan kepada yang berhormat dan kalau boleh bantulah seberapa yang boleh,” katanya.


Kemaskini pada 2014-08-07 17:17:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page