Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Terdedah Risiko Kena Ragut dan Culik

  • Penduduk terpaksa menunggu lama atau berjalan kaki ke luar untuk mendapatkan bas.Penduduk terpaksa menunggu lama atau berjalan kaki ke luar untuk mendapatkan bas.
< 1 / 1 >

HULU SELANGOR - Ketiadaan bas masuk ke kawasan perumahan Taman Bukit Teratai bukan saja membebankan lebih 400 penduduknya malah mengundang bahaya ragut dan penculikan orang yang semakin membimbangkan.

Kebanyakan penduduk terutama kanak-kanak, wanita dan orang tua turut merasa terancam kerana terpaksa berjalan kaki lebih kurang 500 hingga 700 meter untuk ke pondok bas yang terletak di jalan besar.

Penduduk, M Anitha, 20, berkata, dia antara yang berisiko kerana terpaksa keluar awal pagi untuk ke Kuala Lumpur.

“Saya belajar di Kuala Lumpur masuk kelas jam 8.30 pagi tapi kena naik bas jam 6.30 pagi jadi kena keluar awal jam 5 pagi.

“Balik pula lebih kurang jam 9 malam. Bas berhenti di luar saja. Mereka ambil tambang RM2 tapi berhenti di luar saja baki 50 sen dipulangkan sebab tak hantar masuk,” katanya.

Menurutnya, permintaan untuk dihantar masuk selalu dibuat tetapi pemandu atau konduktor bas sering mengatakan jika penumpang orang tua saja akan dihantar masuk ke dalam kawasan perumahan.

Namun katanya, pemandu bas juga seringkali melihat jumlah penumpang, jika sedikit maka bas tidak akan masuk ke dalam kawasan perumahan walaupun penumpang itu orang tua.

“Alasan mereka, jalan masuk rosak dan berbukit ketika masuk simpang ke dalam, jadi mereka malas nak masuk.

“Bas tak akan masuk sebab faktor jalan akan menyebabkan bas rosak juga antara bukti bas yang digunakan sudah uzur dan mudah rosak,” katanya.


Penduduk bimbang peragut ambil kesempatan

S Rajalingam, 37, berkata, kebimbangan penduduk terutama pada waktu pagi ketika orang keluar bekerja dan ke sekolah serta pada waktu balik di sebelah petang dan malam.

“Kebiasaannya peragut akan bertindak pada waktu ini,  ia membahayakan penduduk.

“Jarak perjalanan 700 meter dari simpang luar membolehkan peragut atau penjenayah bertindak tanpa dapat dikesan,” katanya.

Pelajar sekolah, K Yasotharan, 16, berkata, dia antara penduduk taman yang perlu keluar awal pagi untuk mendapatkan bas.

“Pagi-pagi kena jalan kaki keluar, kalau ada bas senang sedikit dan selamat bagi kami.

“Takut sebab jalan gelap. Saya keluar jam 6.30 pagi. Petang pun ada kelas tambahan,” katanya.

Menurutnya, laporan berita mengenai kes penculikan kanak-kanak sangat menakutkan dan bimbang kejadian itu menimpa penduduk di sini.

Seorang lagi pelajar, M Prathiban, 14, berharap bas dapat masuk ke dalam kawasan perumahan kerana bukan saja pelajar sekolah yang memerlukan khidmat bas malah orang tua.


Bukan isu baru

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Tetap PKR Cabang Hulu Selangor, T Steven berkata, masalah tersebut telah berlaku lebih setahun lalu dan sehingga kini belum ada tindakan penyelesaian diambil mana-mana pihak.

“Sebelum ini memang bas ada masuk, lepas itu kalau bas daripada Rawang penumpang akan bayar RM2 untuk masuk ke sini tapi bila sampai simpang luar, bas berhenti dan 50 sen dipulangkan semula sebab tak masuk ke dalam.

“Itulah yang berlaku sejak setahun lalu menyebabkan penduduk terpaksa berjalan kaki setiap hari tak kira waktu dan cuaca,” katanya.

Menurutnya, pihaknya telah menghantar surat kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan dalam masa terdekat surat sama akan dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (Spad).

Katanya,  isu tersebut bukan baharu berlaku dan ia berkait dengan permasalahan yang pernah dialami penduduk Kampung Koskan dan Kampung Sungai Buaya.

Jelas beliau, ada penyelesaian yang telah diambil di kawasan berkenaan walaupun menyedari ia akan kembali berlaku terutama sekali pada musim cuti sekolah.

Tambahnya, masalah di Taman Bukit Teratai juga pernah diselesaikan namun berlaku semula tanpa diketahui sebab utamanya.

“Penjelasan pihak berkuasa perlu diberikan dan jika tidak ada jawapan, penduduk tidak teragak-agak untukmengadakan mogok sebagai langkah desakan kepada masalah tersebut.

“Sebab setakat ini kes ragut sudah berlaku walaupun masih ditahap terkawal dan culik masih belum berlaku tapi takkan kita nak tunggu sehingga masalah ini berlaku baru kita nak bertindak,” katanya.


Kemaskini pada 2014-08-12 08:43:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page