A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Belakang Rumah Jadi Tempat Sampah
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Belakang Rumah Jadi Tempat Sampah

image

BUKIT BERUNTUNG - Sikap penduduk yang tidak menitikberatkan aspek kebersihan menyebabkan sampah berselerakan di lorong belakang rumah di Taman Dahlia.

Walaupun tindakan pembersihan telah diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) namun perbuatan penduduk terus membuang sampah di kawasan itu sekali lagi mengundang masalah kotor dan berbau busuk.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Kannan, 38, berkata, dia antara penduduk di Jalan Dahlia 1 yang sering membersihkan kawasan laman serta lorong belakang rumah namun disebabkan sikap jiran lain, keadaan kotor terus berlaku.

“Kalau dibersihkan pun akan kotor balik sebab orang tetap buang sampah.

“Saya pernah bersihkan dua kali minggu lalu tapi tengoklah jadi kotor balik,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, keadaan kotor itu berlaku di semua lorong belakang rumah di Jalan Dahlia 1 hingga Jalan Dahlia 5.

Katanya, pihak PBT juga pernah melakukan pembersihan namun keadaannya tetap sama selepas itu.

“Sebenarnya penduduk sendiri kena sedar jaga kebersihan dan hormat jiran lain yang sudah bersihkan, kalau tak sampai bila-bila pun masalah ini takkan selesai,” katanya yang kesal dengan sikap kejiranan disitu.

Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor Zon berkenaan, S Suntaresan berkata, kerjasama penduduk sangat diharapkan bukan saja dalam aspek tanggungjawab membayar cukai malah dalam perkara menjaga kebersihan.

“Masyarakat tak boleh letakkan tanggungjawab di bawah PBT semata-mata.

“Mereka yang tinggal di kawasan itu, jadi mereka sepatutnya yang jaga kebersihan,” katanya.

Menurutnya, daripada pemantauan dilakukan sampah yang dibuang di lorong belakang rumah meliputi sampah, sisa binaan termasuk perabot dan kerusi serta meja.

“Saya pernah minta pandangan serta pendapat ahli majlis yang lebih berpengalaman sama ada perlu atau tidak jalan atau lorong di belakang rumah di turap.

“Sebab ada kemungkinan jika lorong itu berturap dapat elakkan penduduk buang sampah sesuka hati. Tapi saya tidak tahu sejauh mana keberkesanannya jika langkah itu dilaksanakan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kesedaran penduduk lebih penting dalam menjaga kebersihan kerana jika tidak, sebarang langkah yang diambil tetap tidak mampu mengubah keadaan.

Kemaskini pada 2014-08-13 15:54:59 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page